Penting!!! Bagaimana Nak Postkan Gambar / Gambar Hilang

Anda hendaklah register terlebih dahulu untuk mendapatkan laluan penuh atau "full access" Forum Akademi PhotoVideo. Pendaftaran "register" terletak diruang bawah ini. Forum ini dibina bagi memberi ruang kepada semua peminat jurugambar, juruvideo dan designer memberikan pendapat, perbincangan, pertanyaan, kursus/bengkel, jualan, belian, pengiklanan, tag along, aktiviti dan pelbagai topik yang berkaitan. Sila baca terma dan syarat sebelum anda memulakan topik.

Akademi PhotoVideo
www.akademiphotovideo.com

Moderator: micol

Penting!!! Bagaimana Nak Postkan Gambar / Gambar Hilang

Postby Eddie » Wed Jun 03, 2009 1:50 pm

Hello semua,

Kami telah menaikan taraf forum ini oleh itu kami meminta maaf kepada sesiapa yang telah kehilangan gambar didalam forum ini terutamanya yang telah menggunakan attachment file. Sepertimana yang anda tahu untuk menjimat ruangan disk kami telah membuat perubahan besar untuk menaikan taraf forum ini kepada yang lebih baik. Walaubagaimanapun file gambar yang telah anda postkan sebelum ini yang menggunakan attachment telah dibuang supaya kita semua dapat menggunakan forum ini dengan lebih selesa tanpa ada masalah.

Kepada sesiapa yang gambarnya hilang dimana tinggal nama fail atau tiada gambar langsung di ruangan gambar tersebut blh "upload" kan semula gambar tersebut. Cuma pergi balik ke ruangan anda dan klik pada edit serta letakan semula gambar anda samada menggunakan photobucket atau flickr atau mana2 software yang mudah.

Kami menasihatkan anda menggunakan web percuma utk simpanan gambar iaitu di http://www.photobucket.com atau http://www.flickr.com dan uploadkan gambar anda di situ. Sebelum upload gambar anda hendaklah mengecilkan saiz ke 500x500 pixel dgn menggunakan Microsoft Office Picture Manager, PhotoShop dan pelbagai persian yang lain seperti photobucket. Setelah dikecilkan barulah upload ke web tersebut.

Anda akan diberikan link pada setiap gambar yang diuploadkan, selepas itu masukan link tersebut ke forum kami dan klik pada "img" diatas dan ia akan mengeluarkan [img]link%20anda[/img] dan seterusnya submit.

Selesai gambar anda akan dipaparkan .

Tq
Eddie
Principal/Founder
Mobile : +6013 3913102
http://www.eddie-photovideo.com
http://www.akademiphotovideo.com
User avatar
Eddie
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 2843
Joined: Sun Feb 08, 2009 5:55 pm
Location: Kuala Lumpur

Return to Pengenalan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron