Akademi
PhotoVideo
(001940127-U)
juga telah
didaftarkan dibawah syarikat
CMC Tech Resources
(001473564-K)
dan di bawah
Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor
Bumiputera
(357-02141084)
Terbaru :
Klik sini untuk Forum Akademi PhotoVideo
Sila semak di
laman utama untuk dapatkan tarikh kursus yang akan datang.
* Kami akan mengumumkan
tarikh kursus akan datang di website ini. Sekiranya anda minat untuk
mengikuti kursus akan datang anda boleh emailkan kepada kami tajuk "kursus
fotografi" berserta nama dan no telefon. Kami akan menghubungi anda
setelah mendapat tarikh yang bersesuaian.
emailkan ke
info@akademiphotovideo.com
Tajuk :
Akademi PhotoVideo
Sekiranya terdapat
sebarang masalah sila hubungi saya di
HP : 013-3913102
YM : cmctech2004
SKYPE : eddiephotovideo
Sukatan Pembelajaran
Kami menekankan
secara terperinci setiap topik yang diajar sambil anda
mengaplikasikan apa yang diajar secara terus pada kamera
bagi setiap subjek. Ianya tidak diajar didalam mana-mana
buku ataupun didalam forum mahupun di internet.
Isi kandungan pembelajaran secara keseluruhannya merangkumi
:
Kamera
1. Komposisi Asas
2. Penggunaan ISO
3. Eksposure "dedahan"
4. Aparture
5. Kelajuan Shutter
6. Jenis Dedahan
7. Metering.
8. Fokus dan mode fokus
9. White Balance
10. Warna
Lensa
1.Focal Length
2.Jenis-jenis Lensa
3.Penapis
4.Fokus
Fakta Penting Semasa Mengambil Gambar
1.Mengawal komposisi
2. Deep Of Field
3. Perspective
4. Mengawal Exposure
5. Cahaya
6. Seni Lihat
7. Sudut Pandangan
8. Rule Of Third
9. Sunny 16
10. Panning
11.
Kualiti imej
(RAW, Jpeg)
12. Pengunaan
cahaya (flash,
reflector, natural light)
-
Potrait Fotografi
- Fotografi
Sukan
-
Kandid
-
Photojournalism
-
Indoor dan outdoor
-
Protokol dan adat
-
Teknik mengambil
gambar koprat,
berkumpulan, aksi, VVIP
serta Sultan/Raja.
- Apa yang perlu
dan tidak
perlu
anda lakukan
-Komunikasi dengan
pelanggan atau "public
relation"
- Asah mata
- Bagaimana nak
memulakan
kerjaya sbg
jurugambar
- Harga anda
Teknik
Eddie PhotoVideo bagaimana mengayakan model untuk menampakkan
gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid
“Lively, natural, candid, artistic and detailed”
Dan pelbagai
topik yang hangat diperkatan
·
Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 5 keping gambar
bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami
dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus.
Pendaftaran bermula pada waktu pagi dan seterusnya sesi
teori berserta praktikal dan foto kritik sehinggalah ke
tengah malam.Anda akan didedahkan kepada photojournalism,
potrait, scenery, macro dan pelbagai. Kesemua peserta di sediakan kemudahan
penghinapan yang selesa bagi membolehkan anda rehat selepas
belajar. Keesokan pagi selepas sarapan sesi photo
kritik, soal jawab dan selepas makan tengahari tugasan
dan praktikal terakhir akan diberikan sehinggalah tamat pada
waktu petangnya. Jadual yang padat sehingga 3 hari 2 malam
memberikan anda bermesra dengan kamera anda sepenuh masa
sehinggalah anda dapat mengendalikannya dengan mudah.
|
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 19 & 20, Agrotek Garden Resort, Kuala Lumpur
pada 17hb-19hb
Okt 2009
Assalamualaikum w.b.t
Syukur alhamdulilah akhirnye saya tamat menjalani kursus
asas photography di agrotek resort hulu langat anjuran eddie
photo video.. secara jujurnya saya adalah seorg yang btul2
zero knowledge tentang camera ini.. tidak tahu mengendalikan
kamera dengan btul. sebelum mengambil kursus eddie photo
video saya hanya mengunakan MODE AUTO sahaja... asalkn gmbr
itu ok sudah memadai bg sy....tp kerana semangat yg kuat dan
tahu akan kebolehan team eddie photo video saya tanpa ragu2
mendaftar untuk pg ke kelas APV ke 19 ini..
Dan sekarang ini saya lebih rasa lebih yakin dengan kamera
sy... sy juga tidak lg mengunakan mode auto tetapi
mengunakan MODE MANUAL sepanjang masa tak kira siang atau
malam.. dan terbukti mengunakan manual lebih mudah dan gmbr
lebih PERFEC... sy juga dapat mahir dlm mengendalikan dslr
sy dengan mudah tidak sampai setngah hari dan ini terbukti
TEAM EDDIE PHOTO VIDEO mengajar dan memberi tunjuk ajar yang
amat mudah difahami oleh semua...
Di kelas eddie juga kami dapat belajar bagai mana mengambil
gmbar malam dengan mengunakan flash dan tanpa flash...
walaupun jadual yg padat tp kami enjoy dengan kelas eddie cz
semua tenaga pelajar tidak lokek degn ilmu yg mereka ad...
so akhir sekali sy nak ucapkan ribuan terima kasih kepada
TEAM EDDIE PHOTO VIDEO kerana memberi ilmu yg berguna kepada
kami....
AKADEMI PHOTO VIDEO BEST SEH !!!!!!!
BY : MR.FATTAH@CHEF FATTAH ~JB-SEREMBAN~
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 16 & 17, Tang Dynasty & Nexus Karambunai Hotel, Kota
Kinabalu
pada 18hb-20hb
Julai 2009
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
semua...
Ini adalah kursus yang pertama kali saya ikuti semenjak saya
meminati bidang fotografi ini.Terima kasih saya ucapkan
kepada Abg Eddie & Crew sebab berjaya mengadakan kursus
fotografi yang begitu menyeronokkan dan penuh dengan ilmu
yang berguna.Saya rasa memang berbaloi dengan apa yg di
bayar dengan ilmu yang saya dapat dalam tempoh kursus ini di
adakan.
Terus terang saya cakap,sebelum saya mengikuti Kursus ini
saya langsung tidak tahu cara penggunaan M,A,S dan P,kalau
nak shoot wedding pun saya hanya menggunakan Menu Auto
sahaja.Tetapi alhamdulilah setelah mengikuti kursus ini saya
tidak lagi meggunakan menu auto sebaliknya menggunakan Menu
manual dan setting yang telah dipelajari sepenuhnya dan
hasil gambar pun lebih menarik.
Saya harap Kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang
dan kepada yang belum pernah mengikuti kursus ini saya
syorkan anda mencuba kursus ini.Belum cuba belum tau,Sudah
cuba jatuh cinta......
Sekian, Terima Kasih...
Ayu,
Tawau,Sabah.
016-4125872

Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 14, Brisdale Hotel, Kuala Lumpur
pada 23 &
24hb
Mei 2009
Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
"FROM zero to something knowledgable".
Pengisian yang baik dan menyampaian yang mudah untuk difahami.
Seminar 2 hari 1 malam anjuran Eddie photo video (EPV) dan
Akademi PhotoVideo (APV), sememangnya seminar yang patut
dihadiri oleh mereka yang mahu mencari ilmu dalam bidang seni
foto, terutamanya "Digital Single Lens Reflex - DSLR".
Jadual pembelajaran yang padat dengan pelbagai tajuk serta isu
yang di sentuh dapat mendedahkan lagi peserta kepada dunia seni
foto. Tidak mudah mahu menjadi seorang yang berjaya mahupun nak
menguasai fotografi ini. Seseorang perlu kreatif dan bijak
ketika hendak mengambil gambar. Banyak subjek dalam gambar akan
menjadi lebih menarik sekiranya mereka tahu komposisi, penataan
cahaya, kelajuan shutter, dedahan (iso) dan apreture.
Kesemua ini akan diajar dalam seminar
anjuran Akademi PhotoVideo. Seseorang itu tidak perlu menjadi
terlalu genius untuk menyertai seminar ini. Para peserta juga
akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman jurugambar
professional yang pernah mengambil gambar dalam air mahupun
diudara (ketika sesi APV14).
Sebagai peserta saya rasa terpanggil dan bersemangat untuk
mempraktikan teori yang dibelajar di kelas ketika sesi praktikal
diadakan di Putrajaya dan juga mengambil gambar pasangan model
secara "live" di Templer Park. Di sini, kita akan dapat
memperlihatkan pemahaman kita mengenai ilmu yang ditimba dihari
pertama
Disini juga para tenaga pengajar akan
memberi komen secara "live" kepada peserta mengenai kekurangan
mahupun kesilapan yang kita lakukan. Secara amnya, saudara Eddie
serta tenaga pengajar yang lain mempraktikkan pembelajaran
secara langsung -- "Hands On Learning". Bukan itu sahaja,
kesanggupan pihak APV menyediakan ruangan forum untuk semua ahli
atau bekas peserta seminar bertukar-tukar pendapat menjadikan ia
lebih menarik dimana tuntutan ilmu fotografi tidak habis di
bilik seminar, malahan ilmu itu dapat ditimba secara berterusan.
Disini peserta seminar APV dapat menimba ilmu secara berterusan
dengan pelbagai ruangan disediakan seperti komen gambar yang
pada pendapat saya dapat membuka luas minda kita mengenai gambar
yang diambil.
Disini, gambar yang kita ambil akan dikomen oleh saudara Eddie
dan juga otai-otai yang berpengalaman. Kita jangan rasa malu
mahupun berkencil hati dengan kritikan mahupun teguran yang
diberi. It's a part of learning process. So, jangan rasa
ragu-ragu. Jadikan APV sebagai platfom anda untuk menjadi
seorang jurugambar yang berjaya samaada untuk diri sendiri
mahupun menjadikan ia sebagai kerjaya baru anda.
Semoga berjaya. Insyallah. Wasalam.
~kay a.k.a ikan Billis~
Self employed entrepenuer
Johor Baharu & UK

Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 13, Kota Kinabalu, Sabah
pada 18 & 19hb
April 2009
Salam buat Pengetua/Pengasas, krew & serta
semua warga APV..
TAHNIAH saya ucapkan
kepada Eddie serta semua warga APV kerana telah berjaya
menganjurkan kursus APV13 Kota
Kinabalu dengan begitu suksesssss..
Pembelajaran yang santai
membolehkan peserta lebih selesa dalam berinteraksi serta
bertanya kepada penceramah tanpa rasa kurang selesa. Kehadiran
Peserta dari segenap borneo seperti Sarawak, Indonesia, Brunei
termasuk Sabah juga telah menambahkan 'kemeriahan' serta
'networking'. hehehe
1Borneo
gitu
Expresi pertama saya selepas kursus ini ialah
"Welcome to the
Real World of Photography"... it is
more than just knowing the "A" and "S" pada body camera SLR saya
... there's more behind it!! Anda akan tau bila anda bersama APV
Paling best sekali ialah sesi penggambaran model (Mary Jim
Bridal) d hutan, pantai & laut di mana peserta berpeluang untuk
mengaplikasikan terus teknik2 yg dipelajari disamping teknik
efek untuk menghasilkan gambar yg lebih kreatif diajarkan d
lokasi penggambaran... woowww bestnyaaa
Selain dari sekadar diajar mengambil portraits Wedding, kami
juga didedahkan dengan night photography, cara menggayakan
model, high speed photography, flash photography, sunset,
sunrise, waterfall & banyak belajar mengenai aksesori DSLR serta
banyak lagi...pendek kata "macam-macam ada gitu" macam kursus
advance la pulak... tapi utk kursus
advance APV
there's much more to learn
Sesi
"Photo Critics" juga membolehkan para peserta
menajamkan lagi ilmu
kerana setiap gambar terbaik setiap perserta akan 'dianalisis'
kerana APV menekakan konsep 'less editing' @ less touch-up. ada
kelas gitu
.. di samping itu, kami juga diberikan tips seandainya ingin
menjadikan fotografi sebagai karier utama & sampingan.
Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Eddie-Photovideo
serta krew (Fandy & Abg Din) atas kejayaan kursus APV13 KK dan
juga telah bermurah hati menghadiahkan t-shirt APV kepada semua
peserta. Sememangnya Yuran bukanlah ukuran kerana apa yg
diperlehi lebih bernilai dan bermakna ..
Sekian.
Micol Phillip Abdullah
Kota Kinabalu, Sabah.
Part-Time Blogger & Freelance Photographer
http://www.miCopix.com
@miCopix : Flickr
e-Mail :
micopix@gmail.com
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 13, Kota Kinabalu, Sabah
pada 18 & 19hb
April 2009
Salam semua
puh..terlalu best..terlalu banyak ilmu saya dan anak saya
perolehi semasa mengikuti kelas en Eddie and da geng di Kota
Kinabalu baru-baru ini. Sampai rumah ja, anak saya dah bercakap
mengenai ISO pada Umi dia..( terus nganga bah ). Selain itu,
dapat berkenalan dengan bakal-bakal sifu di sekitar Kota
Kinabalu..breder Mike, En Joseph, En Eko dari Jakarta ( Anak
saya suka mamat ni ), Jaz ( rock stedi ), En Musah ( Cerita dia
pasal naik helikopter ja ni ), Cik Mary ( Model
lompat-lompat..uh.! ), Pn Mary and Husband ( Upgrade Cam la ni
kan), Cigu Shariff ( Dari Sibu..dia sorang ja ada pola filter ),
Pn Nikmah ( Sony bah dia ), Pn Juita, Breder Tony, Breder
Slyvister, En Hamdan..dan ada lagi ni..( Kalau x tersebut jgn
marah ar..)
Sebelum ni memang saya x tau langsung guna Menu M, A, S dan
P..Main belasah ja guna Auto. Tetapi selepas mengikut kelas ini,
anak saya pun dah terer guna menu @ setting berkenaan. Malah
sehingga tadi dia masi bercakap tentang ISO, Apeture dan shutter
speed dia. Paling best masa outing la, betul-betul boleh lakukan
praktikal..siap ada model cute lagi ( hehe bukan Cik Mary ar ).
Lagi best, saya dah tahu cam na mo amik pics orang main
Badminton...boleh nampak shuttle masa smash..!!
So...terima kasih En Eddie sbb x lokek dengan tips. Tanya ja
macam mana ni, mesti dia tunjuk terus...cuma wa kalah lens
kureng ja..
Zainudin Dayang
Beaufort, Sabah
.JPG)
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 12, Korea Selatan
pada 10 &
11hb
April 2009
Salam untuk semua,
Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada Eddie dan Abg
Kamaruddin kerana sudi meluangkan masa untuk melawati South
Korea baru-baru ini.
Rasanya banyak kenangan manis dan istimewa dibawa pulang
bersama-sama setelah hampir 6 hari berada disini. Walaupun
masa dan keadaan yang terlalu pantas berlalu, namun saya
rasa Eddie dan Abg Kamaruddin berbangga kerana dapat
menjejaki tiga bandar dianggap terbesar di South Korea iaitu
Seoul,Busan dan Ulsan dapat dilawati. Banyak photo2 candid (orang
korea) dan landscape telah diambil untuk dibuat kenangan.
Alhamdulillah syukur, Eddie dan Abg Kamaruddin banyak
memberi nasihat and tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan
photograph yang berkualiti. Saya cukup berbangga dengan
hasil karya setelah mendapat 10 tips yang dianggap penuh
bermakna buat diri ini...Paling memeranjatkan, night image
yang dihasilkan di Busan melalui image landscape dan juga
potrait seolah-olah diambil di dalam studio. Sekali lagi
ucapan jutaan terima kasih pada Eddie dan Abg Kamaruddin.
Tidak dilupai juga, Saudara Khairul yang merupakan tuan
rumah semasa kami bertiga bertandang ke Busan tempoh hari...Jasa
mu dikenang..he..he..he
Oleh itu, dengan bermodalkan sedikit pengalaman and
pengetahuan photography (via Eddie) maka bolehlah
diketengahkan bakat ini melalui undangan perkahwinan,
birthday dll majlis oleh sahabat handai ataupun saudara mara.
Di harap, Eddie akan menjejaki semula ke South Korea pada
musim winter pula..Akhir kata, ilmu yang dicurahkan dengan
ikhlas merupakan amalan yang mulia. Semoga Eddie dapat
mencapai matlamat menerusi misi dan visi yang telahpun
dihajati..
Wassalam.
Daripada,
Mohammad Najib Omar
Ulsan, Korea Selatan
Mobile : +82(0)10 4150 2705 (SOUTH
KOREA)
Email :
mno_10@yahoo.com

Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 11, Australia
pada 15hb
Mac 2009
Hello and G'day guys... I'm eddy.. Don't get me confused with eddie, ok?
I'm one of the participant during the
photovideo class held in brisbane last month...
The class was a great introduction to anyone who basically have
zero knowledge about photography & DSLR cameras... I would really recommend anyone who's just beginning to involve
in this arena to participate in one of his classes...
Other than that, the photo hunting session was a lot of fun... Moreover, Mr Eddie personally consult and help each participant
to improve their picture taking skills and apply all the
theoretical knowledge that they've learned in the class... Make it day or night time session, he'll never say no to any
participants that need guidance during the course... Just have a look at his first time student's picts...
Lastly, I would rate him a A+++ mentor for everyone....
CHEERS..
SYED AHMAD RASYIDI BIN SYED ABDUL KARIM Bachelor of Engineering (Mechanical) University of Queensland Australia.

Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 11, Australia
pada 15hb
Mac 2009
Assalamualaikum wbt and G'day! The course
is very useful and informative for the beginners like me. I'm
using Nikon d80 since December 2007 but i'm not really
understand the functions of my camera. Why? because i was so
lazy to read Nikon manual book. Hehehee..Akademiphoto has given
me the opportunity to use and operate my camera confidently
without any doubt. From the theory class to outdoor photo shoot,
the knowledge that I've gained is priceless. I feel very
comfortable with the sifu 'Abg. Eddy' because of his easy going
and friendly attitude. Looking forward to tag along with sifu
Eddy in future. Two thumbs up! Cheers!
Anjas Asmara Samsudin,
PhD student,
School of Animal Studies,
Faculty of Natural Resources, Agriculture and Veterinary
Science,
The University of Queensland,
Australia.
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 10
pada 7 & 8hb
Mac 2009
Sy masih baru lg dlm bidang fotografi ini.
Minat ini dtg secara tiba2 pd 5-6 bulan yang lepas. Dan seperti
kata seorg teman 'ianya sukar dibendung'...Selama ini sy hnya
mempelajari asas2 & teknik2 mengambil gmbr menerusi bacaan2 &
melayari internet semata. Dan ianya tidak semudah yg di
sangkakan. Walaupun sudah berkali2 membaca dn berkali2
berinternet namun hasil gmbr yg diperolehi masih tetap tidak
memuaskan.
Dan kebetulan sy terjumpa dgn www.akademiphotovideo.com ini.
Secara jujur sebelum ini pn sy pernah mencari kursus2 bg
mempelajari asas kamera DSLR ini. Tetapi kebanyakkan kursus yg
ada sgt tinggi bayaran menyertainya. Sebagai seorg yg sgt baru
mengenali fotografi ini, RM 1000 ++ bg sesuatu kursus begitu
mahal. Dan pd hari sy terjumpa akademiphotovideo.com ini,
bayaran utk mengikuti kursus bersama abg eddie pd waktu itu hnya
RM 850.00. Setelah puas berfikir akhirnya sy memutuskn utk
menyertai kursus yg di anjurkan. Kebetulan pula tmptnye agak
berhampiran dgn kediaman sy.
Apa yg sy lihat kursus di akademiphotovideo sgt 'senang'...
Kami yg menghadiri kursus pd hari itu 'secara tiba2' begitu
mudah mesra, begitu ramah walaupn tidak mengenali satu sama lain
sebelum ini dn tidak berasa canggung utk bertnya apa2 dgn abg
eddie. Kerana cara abg eddie menerangkn asas2 kamera DSLR ini
sgt santai dn tidak memaksa otak kami menerima sesuatu yg byk
dlm satu masa. Itu yg barangkali menjadi senang bg kami.
Kami diajari dgn apa itu komposisi, aperture, kelajuan shutter,
cara2 menggunakan ISO, white balance, metering, fokus, dan
pelbagai lagi yg berkenanan dgn kamera DSLR (Digital Single Lens
Reflex) ini.
Kursus yg dijalankan tidak hnya di dlm kelas. Kami jg di bawa
utk mempraktikkn apa yg diajari di luar kelas. Spt cnth kursus
akademiphotovideo 10 yg sy ikuti ini, kami dibawa ke Dataran
Merdeka pd sebelah malam sejurus slps habis teori di dlm kelas.
Di sini kami diajari dgn lebih dekat lg oleh abg eddie bagaimana
mengambil gmbr di waktu mlm tanpa menggunakan flash. Kami
ditunjukkan cara menggunakan
mode Manual yg jika sebelum ini kami agak ragu2 utk
mengendalikannya. Dan hasil gmbr yg kami dpt sungguh tidak
tersangkakan. Buat kali pertama kami terkejut dgn hasil gmbr
kami sendiri !!
Buat anda2 semua yg spt sy, meminati bidang fotografi dan masih
keliru dgn segala butang di kamera anda, ini kursus sgt sesuai
utk anda. Dgn harga yg berpatutan, sukatan pelajaran yg begitu
mudah difahami, tiada sbb lg utk anda tidak menyertai kursus ini.
'Segala2 nya memerlukan ilmu..dan utk ilmu kita perlu berguru..'
Tempatnya sudah ada tinggal lg kita yg memutuskan...
Sekian, terima kasih.
fandytaher
http://fandytaher.blogspot.com/
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 9
pada 17, 18 &
19hb January 2009
Assalamu Alaikum…
Saya Ramlan bin Mala dari Tawau bertugas di Institut
Perguruan Tawau, Sabah mengikuti Kursus Fotografi anjuran
Eddie-PhotoVideo di Nur Lembah Pangsun, Hulu Perdik pada
17-19 Januari 2009. Setelah kursus saya lebih yakin
menggunakan kamera dan mengambil pelbagai jenis gambarfoto.
Kemahiran asas kamera dan mengenali lebih mendalam kamera
yang digunakan adalah perkara asas yang diterangkan pada
hari pertama.
Peserta seramai 7 orang dengan dibantu oleh 5 orang
fasilitator termasuk En. Eddie memungkinkan kami dibantu
dengan lebih kerap dan lebih berkesan. Fasilitator yang
cukup berpengalaman memberikan tunjuk ajar tanpa mengira
masa. Sesi pembelajaran secara non formal dan banyak
menekankan ‘hands-on” membuatkan kami cukup seronok. Tiada
jurang antara fasilitator dengan peserta. Latihan amali
dilakukan dipelbagai tempat dan situasi seperti “Siang: di
Airterjun Sg. Gabai” dan“Malam: Di Anjung Tinjau
Ampang serta di Sekitar Resort”. “ Tugasan: Di Sungai
Congkak” telah mewujudkan suasana yang amat menyeronokkan
bagi kami semua.
Ini adalah kursus Fotografi yang pertama saya ikuti secara
formal dan saya amat berpuashati dengan pengendalian, tenaga
pengajar serta kemudahan yang disediakan. Yuran bukan
menjadi ukuran tetapi sikap professional yang ditunjukkan
amat mengesankan
Oleh yang demikian jika anda ingin mengetahui lebih mendalam
tentang bidang fotografi berjumpalah dengan Eddie selaku
Pengetua dan Pengasas Eddie PhotoVideo dan Akademi
PhotoVideo.
Semoga Eddie PhotoVideo dan staff yang terlibat berjaya
menjadi usahawan yang tersohor
Di Eddie PhotoVideo ..Banyak kelebihannya…
HJ. RAMLAN BIN HJ. MALA
TAWAU,
SABAH
24
Januari 2009
ramlanmala@yahoo.com
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 9
pada 17, 18 &
19hb January 2009
To Eddie & crew
U all memang superb...marvellous & best sesangat.
Peluang mengikuti kursus photography pada 17,18,19hb Jan 09
di NUR LEMBAH PANGSUN adalah salah satu kenangan terindah
bagi kami semua
Sebelum mengikuti kursus, aku hanya mempunyai sebuah kamera
CANON 1000D yang dibeli pada 28hb Sept 08. Aku tidak mahu di
kutuk sebagai pembawa kamera mahal. Nama aje ada kamera
canggih tapi ia seumpama KAYU sebab aku tak pandai
menggunakannya terutamanya teknik2 atau cara mengambil
gambar yang cantik dan unik. Sehinggalah aku memilih EDDIE
PHOTOVIDEO, kursus ini banyak mengajar aku tentang
penggunaan kamera yang betul. Tak sampai sehari aku dapat
meguasai kamera secara manual.
Kursus bersama EDDIE bukan setakat teori but more into
practical. Beliau bersama crew memang professional. Tak
dapat nak imagine daripada 0 knowledge aku pasal DSLR
sehinggalah sekarang ini aku dah tau bagaimana cara utk
menghasilkan gambar yang baik, kreatif dan mempunyai
maksudnya yang tersendiri. Dulu hanya auto sahaja sebagai
pilihan utama setiap kali mengambil gambar tapi sekarang aku
sudah mampu mengendalikan kamera secara manual terutamanya
pada waktu siang dan malam.
Terima kasih tak terhingga pada Eddie, Rais, Abg Kamarudin,
Shareen & Hamli. Tak lupa juga pada model Julie..
For those who r interested in photography. I suggest u all
joint course yg di anjurkan oleh EDDIE PHOTOVIDEO
ZAIMI MOHD
miquell19@yahoo.com
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 8
pada 25 & 26hb November 2008
Assalamualaikum w.b.t.
Saya bagi pihak ILIM dan khususnya bagi
pihak saya sendiri ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik
Eddie dan Encik Azli yang sudi bertandang ke Institut Latihan
Islam Malaysia (ILIM) dan bersusah payah mengajar para peserta
kursus fotografi yang julung kalinya diadakan di ILIM
selama 2 hari 1 malam.
Bayaran yang amat murah berbanding dengan
ilmu yang dicurahkan oleh Encik Eddie dari Akademi PhotoVideo
adalah amat berguna dan begitu berharga buat kami semua. Encik
Eddie bermurah hati mengajar fotografi pada waktu malam di
Putrajaya sehinggalah ke air terjun Sungai Congkak. Beliau juga
tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami semua.
Semoga berjaya dan sentiasa diberkati
Allah SWT.
Ustaz Mohd Nazif Bin Wan Mahmud
ILIM
fidzan@hotmail.com
012-6068727
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 7
pada 18 & 19hb Oktober 2008
Salam Eddie,
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Eddie PhotoVideo kerana telah memberi sinar baru buat
saya untuk mengenali dunia fotografi dengan lebih
mendalam..Tidak ada yang lebih bermakna dalam hidup ini
melainkan ilmu yang diperolehi dapat dimanafaatkan oleh
orang lain..Itulah yang telah dilakukan oleh Eddie bersama
crew-crew beliau..Setelah melalui sesi akademi photo video
ke-7 yang lalu, segalanya telah membuatkan diri saya mahir
mengendalikan camera Nikon D300 yang baru dimiliki.
Berbekalkan dengan minat serta usaha yang gigih untuk
sanggup merentasi awan biru dari Seoul Korea Selatan untuk
menyertai kursus fotografi, kini saya mampu mengukir
senyuman manis bersama photo yang telah dihasilkan
berbekalkan teknik yang telah diperolehi..
Kini ***SEOUL*** telah mengamit saya
untuk pulang bagi merakamkan pelbagai photo yang menarik
disana... Tahniah Eddie, dengan memiliki pengalaman
diperingkat profesional didalam bidang fotografi, membuatkan
ramai bakat-bakat baru dapat dicungkil....Kepada sesiapa
diluar sana yang masih tercari-cari untuk menyelesaikan
masalah di dalam dunia fotografi anda, ayuh bersama Eddie
Photo Video nescaya hajat dan cita-cita anda selama ini
dapat dipenuhi.. Kami para peserta telah membuktikan dan
bagaimana pula dengan anda...Semoga Eddie Photo Video dapat
melebarkan sayapnya untuk terbang lebih jauh bagi
menganjurkan kursus di Seoul pula nanti..
Akhir sekali, saya katakan BOLEH dengan EDDIE Photo
Video......
Daripada,
Mohammad Najib Omar
Seoul Korea Selatan
Mobile : +82(0)10 4150 2705 (SOUTH
KOREA)
Email :
mno_10@yahoo.com
  Gambar kami dari Korea Selatan
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 7
pada 18 & 19hb Oktober 2008
Date : Wed, 29 Oct 2008
06:58:00 -0700 [09:58:00 PM MYT]
From :
Dalina Ina <dalinaina@yahoo.com>
To
:
eddie@eddie-photovideo.com
Assalamualaikum....hai eddie....sebagai
orang baru ina enjoy sangat dapat join kelas eddie baru2 ni...seronok
sangat...terimakasih juga pada tenaga pengajar yang prihatin
dan sabar memberi tunjuk ajar... tak sia2 datang dari Felda
Tementi, Bera Pahang tauu...Mula-mula ilmu fotografi ni
memang 0 dan kamera pun pinjam ajee tapi bila dapat sentuhan
dan ilmu yang dicurahkan oleh Eddie dan Akademi PhotoVideo...Ina
yakin dan dapat menggunakan kamera dengan baiknya
termasuklah penggunaan kamera secara manual. Kelas Akademi
PhotoVideo memang sempoi dan suasana pembelajaran yang
meriah...dan yang paling bestnyer dalam kelas tu macam dh
lama kenal dengan eddie...so..tak malu nak belajar..cara
pembelajaran yang mudah dan efektif buat ina tak sabar nak
jadi macam eddie rasa macam dah terror lak..makan minum pun
ok,tak payah nak cari makan kat luar...tempat tido pn
best...ada air-cond tuuu...bak kata pepatah makan kenyang
tido pun lena...tambah semangat nak belajar....
anyway,terima kasih dan tahniah buat eddie kerana berusaha
keras memberi tunjuk ajar dan tip2 berguna dari awal hingga
akhir kusrsus dijalankan...inshaallah kalau diizinkan
tuhan,murah rezeki nak join lagi..... bagi mantappp tuuu....k
bye..
Untuk sesiapa diluar sana jangan ragu2
untuk mempelajari selok belok fotografi dari Cikgu Eddie
dari Akademi PhotoVideo ni. Tak sia-sia masuk kursus ni
walaupun mulanya rasa berat nak pi tapi kerana semangat dan
dahagakan ilmu ina berjaya juga. Sekarang ina lebih yakin
dengan diri ina untuk berhadapan dan memulakan perniagaan
dalam bidang baru diceburi ni. Akademi PhotoVideo memang
best!!! Tak caya joinlah kelas Akademi PhotoVideo akan
datang ni...Kami semua enjoy and last sekali dapat terjun
kolam ramai2 hehehe, Ina recommend 100%.
Daripada
Nordalina Bte Masrudin
Felda Tementi, Bera Pahang.
Peserta Kursus Akademi PhotoVideo 6 (Akademi
Bomba Dan Penyelamat) pada 14 & 15hb Oktober 2008
Pembelajaran kursus fotografi digital
yang julung kali diadakan di Akademi Bomba Dan Penyelamat,
Wakaf tapai telah memberikan impak yang amat besar buat
peserta kursus disini. En eddie dan En Azli telah banyak
memberi tunjuk ajar sepanjang kursus ini dijalankan. Mungkin
dahulu sebelum ini, hanya setakat mengambil gambar secara
auto tetapi sekarang dengan berkat ilu yang diberikan, kami
sudah kenal dan tahu apa itu fungsi kamera secara manual
seperti appreture, shutter speed, ISO dan sebagainya
mengenai kamera dan cara penggunaannya. Lebih peka, yakin
dan teruja untuk mengambil gambar. Mungkin ini boleh
dijadikan kerjaya kedua saya. Siapa sangka kan?
Murni Binti Mohamad
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf
Tapai, Trengganu.
moon-2925@yahoo.com
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 5
pada 24hb
Ogos 2008
Name: zamzarina abdullah E-mail:
rinaz_zam@yahoo.com Subject: testimony dr junior photography
Message: hai abg eddie, akhirnya dapat jugak zam join khusus
fotografi di Putrajaya pada 24/8 yang lepas. Terima kasih banyak2 atas ilmu yang diberikan pada junior
mcm saya. Semangat pun makin berkobar2 nak jadi seorg
fotografi mcm abg eddie. ape yang dpt saya simpulkan disini
saya puas hati dengan cara khursus dijalankan tidak lalu
formal dah sempoi. peserta yang tidak terlalu ramai
membuatkan saya selesa nak belajar dan selesa nak tangkap
gambar. tapi yang paling best bila abg eddie terangkan sesuatu
peserta tidak takut untuk bertanya n mcm tahu je kite org
bler.....senang cite tak kedekut ilmu tapi mcm tak puas pun
ade gak coz rasa mcm sekejap je masa berlalu.
akhir sekali yang tak dpt dilupakan waktu
tangkap gambar bunga api...best gile dapat pas media lagi..ape2
pun itu adalah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. Nota yang disediakan sgt membantu saya untuk memahami eleman
kamera.
insyallah kalau ade rezeki zam akan join khusus yang
seterusnya, semoga maju jaya dan teruskan membimbing kami. assalammualaikum.
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 4 pada 22hb
June 2008
"Tres Bon! Encore, s'il vous plait!
I enjoyed the day photographing in Putrajaya. The group of
enthusiastic learner photographers make the day even more
fun-filled. To each his/her own, the dedication and
determination to learn-by-doing is electrifying. Obviously,
they have an equally eager, well-informed, experienced
pro-photographer to mentor. It was a day of great
camaraderie with everybody, young and old, experienced and
novice, lady and gents. Well done, Eddie."
Putrajaya DagNuit. In German, Dag is day and Nuit is night
The French vocabulary,
tres bon = very good.
encore=do it again
s'il vous plait=if you'd please
With best regards,
Anthony
Professional Photographer
Brunei Darul Salam
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 3
pada 11hb
Mei 2008
Sangat bagus untuk para fotografi yang
baru menceburi bidang ini. Saya amat berterima kasih kepada
Eddie PhotoVideo diatas segala tunjuk ajar yang diberikan.
Saya juga bercadang agar pihak pengurusan dapat megadakan
lagi kursus seumpama ini pada masa yang akan datang.
Daripada :
Roshidi Abu Bakar
http://mkrsnapshot.fotopages.com
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 2
pada 13hb
April 2008
Kelas Outdoor Photography pada 13 April 2008, telah memberi
pendedahan dari aspek ‘lighting’, lokasi, ‘posing’ dan
‘composition’ kepada saya. Aspek-aspek tersebut telah
menambah kemahiran dalam pengambilan gambar outdoor di mana
selama ini saya tidak mengetahui dan mahir dalam aspek-aspek
tersebut.
Daripada :
Kamarudin Bin Kilewon
Peserta kursus
Akademi PhotoVideo 1 pada 1hb
Mac 2008
Saya ingin melahirkan
ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Eddie-Photovideo
kerana telah menganjurkan bengkel outdoor photography pada 1
Mac 2008. Eddie telah banyak mencurahkan pengalaman beliau
selaku jurufoto professional sepenuh masa sepanjang bengkel
diadakan. Banyak tip-tip yang berguna yang selama ini tidak
diketahui telah saudara Eddie beritahu.
Syabas dan tahniah Eddie
Photovideo.
Semoga Eddie Photovideo
maju dan terus maju.
Daripada:
http://asmanphoto.fotopages.com
|
Belajar Fotografi,
Kursus Jurugambar, Seminar Fotografi, Sekolah Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Jurugambar,
Bengkel Fotografi, Kelas Jurugambar, Kelas fotografi, Photography
Course, Photo School, Photography Class, Photography Workshop
|