Akademi
PhotoVideo
(001940127-U)
juga telah
didaftarkan dibawah syarikat
CMC Tech Resources
(001473564-K)
dan dibawah
Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor
Bumiputera
(357-02141084)
Terbaru :
Klik sini untuk Forum Akademi PhotoVideo
Sila semak di
laman utama untuk dapatkan tarikh kursus yang akan datang.
* Kami akan mengumumkan
tarikh kursus akan datang di website ini. Sekiranya anda minat untuk
mengikuti kursus akan datang anda boleh emailkan kepada kami tajuk "kursus
fotografi" berserta nama dan no telefon. Kami akan menghubungi anda
setelah mendapat tarikh yang bersesuaian.
emailkan ke
info@akademiphotovideo.com
Tajuk :
Akademi PhotoVideo
Sekiranya terdapat
sebarang masalah sila hubungi saya di
HP : 013-3913102
YM : cmctech2004
SKYPE : eddiephotovideo
Sukatan Pembelajaran
Kami menekankan
secara terperinci setiap topik yang diajar sambil anda
mengaplikasikan apa yang diajar secara terus pada kamera
bagi setiap subjek. Ianya tidak diajar didalam mana-mana
buku ataupun didalam forum mahupun di internet.Isi kandungan pembelajaran secara keseluruhannya merangkumi
:Kamera1. Komposisi Asas2. Penggunaan ISO3. Eksposure "dedahan"4. Aparture5. Kelajuan Shutter6. Jenis Dedahan
7. Metering.8. Fokus dan mode fokus9. White Balance10. WarnaLensa1.Focal Length2.Jenis-jenis Lensa3.Penapis4.FokusFakta Penting Semasa Mengambil Gambar1.Mengawal komposisi2. Deep Of Field3. Perspective4. Mengawal Exposure5. Cahaya6. Seni Lihat7. Sudut Pandangan8. Rule Of Third9. Sunny 1610. Panning11.
Kualiti imej
(RAW, Jpeg)
12. Pengunaan
cahaya (flash,
reflector, natural light)-
Potrait Fotografi- Fotografi
Sukan-
Kandid-
Photojournalism-
Indoor dan outdoor-
Protokol dan adat-
Teknik mengambil gambar koprat,
berkumpulan, aksi, VVIP
serta Sultan/Raja.
- Apa yang perlu
dan tidak perlu
anda lakukan -Komunikasi dengan
pelanggan atau "public
relation"- Asah mata- Bagaimana nak
memulakan
kerjaya sbg jurugambar- Harga anda
Teknik
Eddie PhotoVideo bagaimana mengayakan model untuk menampakkan
gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid
“Lively, natural, candid, artistic and detailed”
Dan pelbagai
topik yang hangat diperkatan
·Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 5 keping gambar
bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami
dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus.
Pendaftaran bermula pada waktu pagi dan seterusnya sesi
teori berserta praktikal dan foto kritik sehinggalah ke
tengah malam.Anda akan didedahkan kepada photojournalism,
potrait, scenery, macro dan pelbagai. Kesemua peserta di sediakan kemudahan
penghinapan yang selesa bagi membolehkan anda rehat selepas
belajar. Keesokan pagi selepas sarapan sesi photo
kritik, soal jawab dan selepas makan tengahari tugasan
dan praktikal terakhir akan diberikan sehinggalah tamat pada
waktu petangnya. Jadual yang padat sehingga 3 hari 2 malam
memberikan anda bermesra dengan kamera anda sepenuh masa
sehinggalah anda dapat mengendalikannya dengan mudah.
Gambar Pertandingan/Perkongsian
Kursus Fotografi
* Para pemenang telah diadili
mengikut warna, komposisi, sudut, "contrast", "deep of field", kedudukan model serta
berlandaskan kepada gambar yang dihantar.
* Kepada yang tidak menang di
harap anda tidak berputus asa dan belajar dari kesilapan terutamanya
over exposed dan kedudukan model semasa
mengambil gambar. Walaubagimanapun saya lihat banyak peningkatan
dari segi kualiti gambar.
* Syabas kepada para pemenang
musim ini dan musim yang lepas.
Gambar Pertandingan APV 11 ke atas dan terbaru boleh dilihat di
Forum Akademi PhotoVideo di
www.akademiphotovideo.com/forumGambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 7hb & 8hb Mac 2009
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga
thumb drive 1G
Tempat Pertama Jurugambar : Mohamad
Zaid Hamdan (Kuching, Sarawak)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Terdapat 2 kombinasi gambar
malam dan siang yang baik di mana kesemuanya menggunakan cahaya
semula jadi tanpa penggunaan flash. Zaid telah
menggunakan teknik yang dipelajari dengan baik dimana 100% pengunaan
kamera secara manual pada waktu siang dan malam. Beliau dapat
mengimbangi penggunaan Aparture, ISO dan Speed terutamanya pada
waktu malam. Gambar banggunan Sultan Abdul Samad menarik perhatian
terutamanya kilauan lampu seperti bintang menyerlahkan dan
menghidupkan lagi suasana banggunan tersebut. Gambar kedua mempunyai
daya tarikan dimana model tersebut nampak ayu dan mempunyai
latarbelakang bokeh yang baik yang menyerlahkan lagi subjek. Warna
yang cantik serta tiada under dan overexpose.
Tempat Kedua Jurugambar : Fandy (Bangsar,
KL)Hadiah Kedua thumb drive 2G
Komen : Gambar pertama
banggunan Sultan Abdul Samad agak tengelam disebabkan sudut yang
salah. Fandy boleh naikkan sedikit lagi lens kamera tersebut dan
menghala ke bangunan Sultan Abdul Samad supaya subjek yang hendak
diambil timbul. Gambar masih boleh diterima disebabkan tiada under
expose walaupun diambil pada waktu malam dan tiada pengunaan flash. Gambar
kedua amat baik dimana tiada under dan over expose. Sudut dan kedudukan
model yang menarik ditambah lagi dengan senyuman yang menawan. Gambar
yang berlatarbelakangkan hutan amatlah sukar dimana cahaya adalah
lebih rumit. Walaubagaimanapun Fandy telah menggunakan teknik yang
diajar secara baik dan dapat mengatasi under expose pada subjek.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 17hb & 18hb Januari 2009
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga
thumb drive 1G
Tempat Pertama Jurugambar : Haji
Ramlan Bin Haji Mala (Tawau, Sabah)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Terdapat 3
kombinasi gambar yang berlainan terbaik di mana ketiga-tiga gambar
tersebut agak sukar dimana sudut dan pencahayaan yang baik dengan
tanpa menggunakan flash pada waktu malam. Kawalan kelajuan yang
rendah tanpa menggunakan tripod pada kelajuan 0.2 saat.
Haji Ramlan telah
menggunakan teknik yang dipelajari dengan baik dimana sudut atau
angle gambar pertama amat baik dan tiada overexpose walaupun
terdapat sedikit cahaya matahari dicelah pokok. Gambar kedua tanpa menggunakan flash di waktu malam adalah amat
sukar walaubagaimanapun Haji Ramlan mengambil kesempatan dengan
mencuri cahaya yang ada pada sekeliling objek/model. Gambar ketiga
amat sukar tetapi beliau dapat mengatasinya dengan baik walaupun
tanpa menggunakan tripod. Dengan kelajuan 0.2 saat adalah amat sukar
bagi pelajar baru untuk mengatasi gegaran dan mengawal dari over
expose. Tahniah kerana Haji Ramlan dapat menggunakan kesemua teknik
yang diajar dengan betul walaupun dengan hanya sehari kelas teori
dan praktikal. Ketiga-tiga gambar ini amat sukar
diambil bagi seorang pelajar baru yang kali pertama menggunakan
secara 100% manual terutamanya pada waktu malam tanpa menggunakan flash atau speedlight
dan teknik kelajuan rendah tanpa menggunakan tripod bagi menampakan aliran air yang mengalir.
Tempat Kedua Jurugambar : Zaimi
(Melaka)Hadiah Kedua thumb drive 2G
Komen : Gambar yang
baik dimana tiada under. Sudut dan kedudukan yang menarik. Gambar
yang berlatarbelakangkan rumah lama amat menarik dimana warna pada
objek/model timbul serta menyerlahkan lagi model tersebut. Gambar
kedua close up yang baik. Gambar ketiga sudut dan kawalan cahaya
yang baik terutamanya dicelah pokok buluh dan tiada over expose.
Tahniah kerana dapat menggunakan teknik 100% secara manual sama
seperti dengan Haji Ramlan.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 18hb & 19hb Oktober 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga
thumb drive 1G
Tempat Pertama Jurugambar : Mohammad
Najib Bin Omar (Ulsan, Korea Selatan)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Gambar yang
baik terutama sudut dan penjagaan cahaya yang cukup, walaupun
terdapat sedikit over expose bagi gambar pertama dibahagian pipi
kiri. Gambar tanpa menggunakan flash di waktu malam adalah amat
sukar walaubagaimanapun Najib dapat melakukannya dengan baik. Posisi
dan kedudukan subjek yang betul
serta tone warna yang menyerlah. Kedua-dua gambar ini amat sukar
diambil iaitu waktu malam tanpa menggunakan flash atau speedlight
dan aliran air yang mengalir.
Tempat Kedua Jurugambar : Hamli Bin
Sanai (Bintulu, Sarawak)Hadiah Kedua thumb drive 2G
Komen : Gambar yang
baik dimana tiada under dan over exposed cuma sedikit over di
bahagian belakang air terjun. Sudut dan kedudukan yang menarik. Sama
seperti di atas dimana kedua2 gambar ini agak sukar diambil,
walaubagaimanapun tahniah kepada Hamli juga kerana berjaya.
Tempat Ketiga Jurugambar : Kamarudin
Bin Abd Aziz (Seremban, Negeri Sembilan)Hadiah Ketiga thumb drive 1G
Komen : Gambar yang
baik dimana tiada under dan over expose. Gambar pertama amat menarik
terutamanya terdapat eye contact dan kedudukan frame yang menarik.
Gambar kedua terdapat halangan dimana kedudukan lampu menghalang
subjek atau model yang hendak diketengahkan. Anda boleh mengubah
kedudukan lampu tersebut dengan mengambil gambar dari sudut tepi
sedikit.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 24hb August 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga
thumb drive 1G
Tempat Pertama Jurugambar : Zamzarina
(Banting, Selangor)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Mempunyai gambar yang
baik dimana tiada under dan over exposed. Kedudukan gambar
silhouette dan sudut yang menarik. Gambar bunga api agak terhad
dimana kurang percikan cahaya. Guna speed rendah 5 saat ke 8 saat
ataupun bulb bagi mendapatkan ipak yang lebih besar dan menarik. Kedudukan gambar potrait pada frame dan posisi yang tepat
serta tone yang menarik dan senyuman yang
menarik daripada model.
Tiada pemenang bagi tempat kedua
dan ketiga kerana kami hanya menerima 4 penyertaan sahaja daripada
12 orang peserta. Gambar yang dihantar tidak memenuhi spesifikasi
yang dikehendaki. Oleh itu hanya tempat pertama sahaja pemenang
untuk kelas kali ini.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 22hb Jun 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga
thumb drive 1G
Tempat Pertama Jurugambar : Anthony ER
(Brunei)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
kedua-dua gambar iaitu potrait siang dan malam
yang baik. Tone warna yang menyerlah serta tiada "over
dan under exposed" pada kedua-dua gambar tersebut. Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait pada frame dan posisi yang tepat. Skin tone yang menarik,
mempunya eye contact yang tepat pada kamera dan senyuman yang
menarik.
Tempat Kedua Jurugambar : Rosnizam
(Perak)Hadiah Kedua thumb drive 2G
Komen : Gambar potrait siang dan
malam yang bagus tiada over
dan under exposed cuma kedua-dua gambar tiada eye contact dengan
kamera. Terdapat "deep of field" dan
warna yang menyerlah pada potrait serta skin tone yang menarik.
Tempat Ketiga Jurugambar : Mohamad Rais
Dahalan (Bangi, Selangor)Hadiah Ketiga thumb drive 1G
Komen : Gambar potrait siang dan
malam yang baik serta tiada over dan under exposed terdapat eye
contact dengan kamera pada kedua-dua gambar. Gambar kedua iaitu pada
sebelah malam mempunyai cahaya yang agak keras sedikit tetapi masih
dalam kawalan. Terdapat "deep of field" dan
warna yang menyerlah pada potrait pada kedua-dua gambar.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 11hb Mei 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga
thumb drive 1GTempat Pertama Jurugambar : Roshidi Abu Bakar
(Ampang, Selangor)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
kedua-dua gambar iaitu pemandangan dan potrait
yang bagus. Warna yang menyerlah serta tiada "over exposed"
pada kedua-dua gambar tersebut. Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait pada frame dan posisi yang tepat. Skin tone yang menarik dan
mempunyai eye contact yang tepat pada kamera. Gambar pemandangan
yang baik dengan penuh kehijaun fauna serta aliran air yang lembut.
Kombinasi yang menarik dianatara tanah air dan pokok.
Tempat Kedua Jurugambar : Norharizie Mohamad
(Bkt Katil, Melaka)Kedua thumb drive 2G
Komen : Gambar potrait yang bagus
dan pemandangan yang sederhana. Terdapat "eye contact" model dengan kamera serta tiada "over exsposed". Terdapat "deep of field" dan
warna yang menyerlah pada potrait. Gambar pemdangan yang baik tetapi
aliran air yang mengalir kurang lembut. Kedua-dua gambar potrait dan
pemandangan yang tiada over exposed.
Tempat Ketiga Jurugambar : Ramzaidi Abdul
Rahaman (Seri Kembangan, Selangor)Ketiga thumb drive 1G
Komen : Gambar yang sederhana
baik. Kedudukan frame gambar pemandangan yang baik tetapi over
exposed pada aliran air. Kedudukan frame bagi gambar potrait yang
salah dimana ianya berbentuk horizontal ataupun landscape. Gambar
potrait hendaklah berkedudukan vertical ataupun potrait.
Mempunyai tone warna yang baik dan tiada over exposed. Terdapat "deep of field" dan mode warna yang
baik.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 13hb April 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama thumb drive 4G, kedua thumb drive 2G dan ketiga wang tunai RM20
Tempat Pertama Jurugambar : Mohd. Shahreen
Mohd. Said (Sentul, Kuala Lumpur)Hadiah Utama thumb drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
yang baik. Warna yang menyerlah serta tiada "over exposed". Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait yang tepat. Skin tone yang menarik dan
mempunyai eye contact yang tepat pada kamera serta terdapat
sedikit senyuman.
Tempat Kedua Jurugambar : Mohd Zidni Ilman Hj
Othman (Shah Alam, Selangor)Kedua thumb drive 2G
Komen : Kelihatan warna hijau
yang terselah serta digandingkan dengan latarbelakang rumput yang
kehijauan. Terdapat "eye contact" kedua-dua model dengan kamera serta tiada "over exsposed". Terdapat "deep of field" dan
skin tone yag cantik. Cuma terdapat sedikit ruang lebihan diatas
kepala dan terlebih kebawah sehingga tidak nampak keseluruhan tangan.
Tempat Ketiga Jurugambar : Norsilawati Ahmad
(Setapak, Kuala Lumpur)Ketiga thumb drive 1G
Komen : Gambar dan posisi yang menarik, dimana kedua-duanya
mempunyai eye contact dengan kamera tetapi pastikan mata kiri model wanita tidak
hampir tertutup. Mempunyai sedikit "over exsposed" terutamanya pada
lengan baju lelaki. Terdapat "deep of field" dan mode warna yang
baik.
Gambar-Gambar Pemenang Kursus
Pada 1hb Mac 2008
(Syarat Utama Ialah
Gambar Asal Dari Kamera Dan Tiada Suntingan Dibuat)Hadiah Utama pen drive 4G, kedua pen drive 2G
dan ketiga wang tunai RM20
Posted date : 13hb Mac 2008
Tempat Pertama Jurugambar : Ahmad kamal
(Seremban, Negeri Sembilan)Hadiah Utama pen drive 4G
Komen : Kombinasi keseluruhan
yang baik. Warna yang menyerlah serta tiada "over exposed"
terutamanya pada baju gown putih. Terdapat "deep of field" serta
kedudukan gambar potrait yang tepat
.
Tempat Kedua Jurugambar : Daalia Abdul
(Ipoh, Perak)Kedua pen drive 2G
Komen : Kelihatan wajah kedua-dua
orang model ceria dan terserlah. Terdapat "eye contact" model Azura
dengan kamera serta tiada "over exsposed" terutamanya pada baju
warna putih. Terdapat "deep of field" dan mode warna yang sederhana.
Tempat Ketiga Jurugambar : Rais Imam
(Muar, Johor)Ketiga wang tunai RM20
Komen : Gambar yang menarik yang
di ambil secara kandid, dimana kedua-dua model melihat arah yangs
sama walaupun tiada "eye contact" dengan kamera. Cuma terdapat
sedikit "over exsposed" terutamanya pada baju gown warna putih di
bahagian bawah (kaki). Terdapat "deep of field" dan mode warna yang
baik.
Sila ke Forum
Akademi PhotoVideo di
www.akademiphotovideo.com/forum untuk
perbincangan, pertanyaan dan maklumat lanjut. Ianya percuma
Belajar Fotografi,
Kursus Jurugambar, Seminar Fotografi, Sekolah Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Jurugambar,
Bengkel Fotografi, Kelas Jurugambar, Kelas fotografi, Photography
Course, Photo School, Photography Class, Photography Workshop