Akademi
PhotoVideo telah
didaftarkan dibawah syarikat CMC Tech Resources
(001473564-K)
dan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia serta Kontraktor
Bumiputera
(357-02141084)
Terbaru :
Klik sini untuk Forum Akademi PhotoVideo
* Kami akan mengumumkan
tarikh kursus akan datang di website ini. Sekiranya anda minat untuk
mengikuti kursus akan datang anda boleh emailkan kepada kami tajuk "kursus
fotografi" berserta nama dan no telefon. Kami akan menghubungi anda
setelah mendapat tarikh yang bersesuaian.
emailkan ke
info@akademiphotovideo.com
Tajuk :
Akademi PhotoVideo
Sekiranya terdapat
sebarang masalah sila hubungi saya di
HP : 013-3913102
YM : cmctech2004
SKYPE : eddiephotovideo
Kursus yang lepas :
Akademi PhotoVideo 22 :
21hb Dis 2009
Kursus design album Agrotek Garden
Resort, Hulu Langat
Akademi PhotoVideo 21 :
19hb hingga 20hb
Dis 2009
Kursus fotografi
Agrotek Garden
Resort, Hulu Langat
Akademi PhotoVideo 20 :
19hb Okt 2009
Kursus design album Agrotek Garden
Resort, Hulu Langat
Akademi PhotoVideo 19 :
17hb hingga18hb
Okt 2009
Kursus fotografi
Agrotek Garden
Resort, Hulu Langat
Akademi PhotoVideo 18 :
20hb Julai 2009
Kursus lanjutan /
studio Kota Kinabalu,
Sabah
Akademi PhotoVideo 17 :
18hb hingga19hb
Jul 2009
Kursus fotografi
Kota Kinabalu,
Sabah
Akademi PhotoVideo 16 :
4hb hingga 5hb Julai 2009
Kursus fotografi
Agrotek Garden
Resort, Hulu Langat
Akademi PhotoVideo 15 :
18hb hingga 22hb Jun 2009
Kursus fotografi
Bandung &
Jogjakarta, Indonesia
Akademi PhotoVideo 14 :
23hb hingga 24hb Mei 2009
Kursus fotografi
Hotel Brisdale,
Kuala Lumpur
Akademi PhotoVideo 13 :
17
hingga 27hb April 2009
Kursus fotografi /
tag along :
Kota Kinabalu,
Kundasang, Ranau, Poring Tawau, Semporna, Mabul dan Sipadan,
Borneo
Akademi PhotoVideo 12 :
7
hingga 13hb April 2009
Kursus fotografi /
tag along :
Seoul, Ulsan dan
Busan, South Korea
Akademi PhotoVideo 11 :
11 hingga
17hb Mac 2009
Kursus fotografi /
tag along :
Brisbane, Gold
Coast dan Sunshine Coast, Australia
Akademi PhotoVideo 10 :
7 dan 8hb Mac 2009
Kursus fotografi
Duta Vista,
Kuala Lumpur
Akademi PhotoVideo 9 :
17 dan 19hb Jan 2009
Kursus fotografi
Nur Lembah Pangsun,
Hulu Langat, Selangor
Akademi PhotoVideo 8 :
25 dan 26hb Nov 2008
Kursus fotografi
Insititut Latihan Islam Malaysia, Bangi,
Selangor
Akademi PhotoVideo 7 :
18 dan 19hb Okt 2008
Kursus fotografi
Templer Park Resort,
Selangor
Akademi PhotoVideo 6 :
14, 15 dan 16hb Okt
2008
Kursus fotografi
Akademi Bomba Dan
Penyelamat, Trengganu
Akademi PhotoVideo 5 :
24hb Ogos 2008
Kursus fotografi
Putrajaya, WP
Akademi PhotoVideo 4 :
22hb Jun 2008
Kursus fotografi
Putrajaya, WP
Akademi PhotoVideo 3 :
11hb Mei 2008
Kursus fotografi
Sg Tua, Ulu Yam,
Selangor
Akademi PhotoVideo 2 :
13hb April 2008
Kursus fotografi
Tasik Titiwangsa, KL
Akademi PhotoVideo 1 :
1hb Mac 2008
Kursus fotografi
Tasik Titiwangsa, KL
Sukatan Pembelajaran
Kami menekankan
secara terperinci setiap topik yang diajar sambil anda
mengaplikasikan apa yang diajar secara terus pada kamera
bagi setiap subjek. Ianya tidak diajar didalam mana-mana
buku ataupun didalam forum mahupun di internet.
Isi kandungan pembelajaran secara keseluruhannya merangkumi
:
Kamera
1. Komposisi Asas
2. Penggunaan ISO
3. Eksposure "dedahan"
4. Aparture
5. Kelajuan Shutter
6. Jenis Dedahan
7. Metering.
8. Fokus dan mode fokus
9. White Balance
10. Warna
Lensa
1.Focal Length
2.Jenis-jenis Lensa
3.Penapis4.Fokus
Fakta Penting Semasa Mengambil Gambar
1.Mengawal komposisi
2. Deep Of Field
3. Perspective
4. Mengawal Exposure
5. Cahaya
6. Seni Lihat
7. Sudut Pandangan8. Rule Of Third9. Sunny 1610. Panning
-
Potrait Fotografi- Fotografi
Sukan
-
Kandid
-
Photojournalism
-
Indoor dan outdoor
-
Protokol
-
Teknik mengambil
gambar koprat,
berkumpulan, aksi, VVIP
serta Sultan/Raja. - Apa yang perlu
dan tidak perlu
anda lakukan- Asah mata- Bagaimana nak memulakan
kerjaya sbg jurugambar- Harga andaDan pelbagai
topik yang hangat diperkatan ·
Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 3 keping gambar
bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami
dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus.·Jadual
kursus akan diberikan semasa pendaftaran.
Pendaftaran bermula pada waktu pagi dan seterusnya sesi
teori berserta praktikal dan foto kritik sehinggalah ke
tengah malam.Anda akan didedahkan kepada photojournalism,
potrait, scenery, macro dan pelbagai. Kesemua peserta di sediakan kemudahan
penghinapan yang selesa bagi membolehkan anda rehat selepas
belajar. Keesokan pagi selepas sarapan sesi photo
kritik, soal jawab dan selepas makan tengahari tugasan
dan praktikal terakhir akan diberikan sehinggalah tamat pada
waktu petangnya. Jadual yang padat sehingga 3 hari 2 malam
memberikan anda bermesra dengan kamera anda sepenuh masa
sehinggalah anda dapat mengendalikannya dengan mudah.
INGIN PELAJARI SELOK BELOK
DUNIA FOTOGRAFI TERKINI SAMBIL MENJANA PENDAPATAN
YANG LUMAYAN? INILAH MASANYA UNTUK ANDA BERTINDAK!!!Kami
berbangga menjadi anak Malaysia pertama membuat kursus fotografi
ke luar negara. Akan datang 2010 insyallah kami akan ke Bromo,
Indonesia - Seoul, Korea - Melboune, Sydney dan Brisbane,
Australia - London, Manchester, Glasgow, UK - Dublin, Ireland
serta beberapa tempat yang masih dalam perancangan.
Jangan
lepaskan peluang sertai kami
pada kelas terbaru :
Dengan
adanya permintaan dari pelbagai pihak, kami di Akademi PhotoVideo
akan mengadakan satu sesi kelas fotografi termasuk model
kepada anda seperti tertera dibawah :
APV 27 :Sabtu
20hb Mac 2010 hingga Ahad
21hb Mac 2010Kursus Digital Fotografi
Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Kuala Lumpur
APV 28 :
Isnin 22hb Mac 2010Lanjutan : Suntingan, Pilihan Gambar Dan
MerekaciptaAlbum
Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Kuala Lumpur
*sila
bawa laptop anda sendiri dengan perisian photoshop untuk kursus
lanjutan.
Klik sini untuk jadual waktuKlik
sini untuk melihat lokasi ke Agrotek Garden Resort, Hulu Langat
APV 29 :
Sabtu 10hb April 2010 hingga Ahad
11hb April 2010Kursus Digital Fotografi
Tang Dynasty Park Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
APV 30 :
Isnin
12hb April 2010Lanjutan : Suntingan, Pilihan Gambar Dan
MerekaciptaAlbum
Tang Dynasty Park Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
*sila
bawa laptop anda sendiri dengan perisian photoshop untuk kursus
lanjutan.
Klik sini untuk jadual waktu
Klik
sini untuk melihat lokasi ke
Tang Dynasty
Park Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
APV 31 :
April / May 2010Kursus Digital Fotografi
SEOUL, BULSAN AND ULSAN, KOREA SELATAN
*Masih dalam perancangan
mengenai tarikh dan lokasi yang sesuai
APV 32 :
May 2010Kursus Digital Fotografi
MELBOURNE, SYDNEY AND BRISBANE, AUSTRALIA
*Masih dalam perancangan
mengenai tarikh dan lokasi yang sesuai
*
Kami meminta setiap peserta dapat memberikan 5 keping gambar
bercetak bersaiz 5R sebelum bermulanya kelas supaya kami
dapat melihat gambar yang diambil sebelum dan selepas kursus
nanti.
* Kursus lanjutan :
Suntingan, pilihan gambar dan merekacipta album (design
album) akan dimulakan keesokan harinya selepas kursus asas
digital fotografi tamat. Para peserta boleh membuat pilihan
samada ingin menyertai secara terus ke kursus lanjutan atau
berhenti pada kursus asas digital fotografi. Bekas peserta atau
peserta baru juga boleh menyertai kursus lanjutan suntingan,
pilihan gambar dan merekacipta album (design album). Anda
hendaklah mempunyai asas photoshop.
* Kursus lanjutan :
Sila bawa laptop sendiri dengan persian photoshop. Sekiranya
anda ada microsoft off manager dan picasa ianya amat baik. Sekiraya
tiada sila download picasa anda disini
www.picasa.com
Sesiapa yang berminat menyertai tag along dan kursus fotografi
sila ke forum saya di
www.akademiphotovideo.com/forum Perbincangan dialukan
dibawah tajuk Kelas/Kursus/Bengkel Fotografi dan Videografi.
Jadikan Eddie PhotoVideo dan Akademi
PhotoVideo sebagai fan anda di face book.
Cuma taipkan Eddie PhotoVideo dan
"add" kami.
* Tempahan boleh
dibuat sekarang! Tempat adalah terhad
* Sebarang Pertanyaan boleh diajukan ke
forum kami di
www.akademiphotovideo.com/forum Video Kursus Fotografi - Apa yang
berlaku? Mengapa beliau memilih APV? Apa kata bekas peserta? Dan
lain2
Baca sehingga habis
supaya anda faham konsep kelas yang akan kami anjurkan"Akademi
PhotoVideo" ditubuhkan bagi membantu para peminat jurugambar dan juruvideo
untuk memahirkan dan memberikan pendedahan pelbagai teknik
didalam bidang fotografi dan
videografi terkini. Akademi PhotoVideo bukan sahaja
mengajar teori dan amali fotografi malah memberikan anda motivasi serta komunikasi yang
jarang diberikan oleh tenaga pengajar yang lain. Kelas
pembelajaran yang berkonsepkan santai dan praktikal menyebabkan
para peminat jurugambar memilih kami bagi mendapatkan ilmu. Seperti yang anda maklum kursus yang kami anjurkan sebelum ini
telah mendapat
sambutan yang amat menggalakan diseluruh Malaysia termasuk dari
luar negara. Kami juga menerima
tempahan bagi kursus perseorangan "one by one". Terima
kasih kepada perserta kami yang lalu terutamanya daripada United
Kingdom, Ireland, Australia, Korea Selatan, Brunei, Singapura,
Indonesia, Sabah dan Sarawak yang sanggup
menaiki pesawat daripada tempat masing-masing pada hari tersebut
semata-mata mahu mengikuti kursus kami di Kuala Lumpur sambil
bercuti.
Kami juga telah mengadakan kelas fotografi kami yang pertama
keluar negara iaitu di Australia, 2 minggu selepas APV Australia disusuili
APV Korea Selatan, 3 hari kemudian di APV
Borneo dan yang terbaru APV Indonesia. Insyallah pada tahun ini kami akan
mengadakan kursus kami di benua Eropah iaitu di London dan
beberapa tempat yang masih di dalam perancangan.
Seperti
biasa kami menghadkan jumlah penyertaan bagi setiap kursus yang
akan kami jalankan supaya semua peserta dapat memberikan tumpuan
kepada subjek yang diajar. Kami meminta maaf kepada beberapa
peserta yang tidak dapat mengahadirkan diri sebelum ini kerana
tempat telah ditutup. Oleh itu kami sarankan supaya
segeralah membuat tempahan sebelum ianya penuh. Tahniah kepada para peserta yang lepas kerana anda
telah berjaya mengikuti kursus kami dan telah menjadi seorang
jurugambar yang baik dan terbaik.
Dengan
adanya teknologi terbaru pada sesebuah kamera, ianya dapat
mempermudahkan kerja, mendapatkan gambar yang lebih cantik dan lebih
berkualiti. Tetapi malangnya kalau tanpa pengetahuan asas fotografi,
seseorang jurugambar tidak akan dapat menghasilkan gambar seperti yang
diingini. Tidak kiralah kamera dan lensa yang digunakan adalah jenis
mahal dan canggih tetapi dengan tiada ilmu pengetahuan yang betul hasil
gambar yang diambil amat mendukacitakan. Wang yang dilaburkan tidak
berbaloi dengan apa yang diinginkan.
Kami di
Akademi PhotoVideo akan mengajar anda walaupun dengan menggunakan
kamera sederhana tetapi hasil keluarannya amat berkualiti. Dengan adanya
pengalaman dari dalam dan luar negara, kami sebagai seorang
jurugambar professional sepenuh masa akan memberikan tunjuk ajar
bagaimana hendak menjadi “seorang jurugambar secara
profesional” dan bukannya
“pembawa kamera”. Anda akan diajar pelbagai teknik sebagai
seorang jurugambar serta teknik Eddie PhotoVideo yang sebelum
ini tidak pernah dedahkan kepada sesiapa melainkan kepada
kumpulan jurugambar/juruvideo Eddie
PhotoVideo serta para peserta kursus Akademi PhotoVideo
sahaja.
Kami di
Akademi PhotoVideo telah melahirkan lebih dari 200 jurugambar amateur
dan professional. Di antara mereka telah menjalankan perniagaan
mengambil gambar secara persendirian dan berkumpulan. Akademi PhotoVideo bukan sahaja menganjurkan kelas jurufoto
perseorangan, berkumpulan malah telah memasuki jabatan kerajaan
bagi mengajar subjek jurufoto kepada kakitangan kerajaan.
Peserta termuda
Muhammad Izzuddin Bin Zainudin dari
Beaufort, Sabah yang berumur 7 tahun atau darjah satu.Kami mengajar tidak kira
peringkat usia serta darjat atau kelas. Yang paling penting
ialah keinginan untuk mendapatkan ilmu. Untuk pengetahuan
peserta paling muda yang pernah mengikuti kelas kami berusia 7
tahun dan paling veteran ialah 60 tahun. Serta dari pekerja
biasa ke ahli perniagaan koprat dan VVIP Dato (kelas
persendirian).
Tahniah kepada bekas peserta
APV Korea Selatan Mohammad Najib Omar kerana mendapat tempat
kedua pertandingan FLiK & UTS Family Photo Essay Contest di
Korea Selatan. FLiK = Foreign Life In Korea
Adakah
anda masih lagi baru didalam bidang fotografi ataupun tak tau
langsung menggunakan DSLR kamera? Adakah anda mahu melaburkan
sedikit wang tetapi ingin memperoleh keuntungan yang banyak? Inilah masanya untuk anda
bertindak dan mempelajari sesuatu yang baru serta menyeronokan!!!
Kami di Akademi
PhotoVideo akan mengajar anda dari "0" sehinggalah anda mampu
mengendalikan DSLR secara manual! Inilah janji kami sama lah
seperti mereka di bawah ini yang telah berjaya menamatkan kursus
di Akademi PhotoVideo
APV BORNEOAPV KOREA
APV AUSTRALIA
Mereka di atas telah membuktikan dan bagaimana dengan anda?
Adakah anda ingin? 1.
Menjadi seorang jurugambar Professional dengan pendapatan 5
angka setiap bulan. 2.
Memahirkan teknik-teknik fotografi seperti jurugambar
profesisional diperingkat antarabangsa 3.
Mencipta nama, cara serta teknik sendiri. 4.
Tahu selok belok perniagaan dan kerjaya didalam fotografi. 5.
Meminati fotografi lebih dari kerjaya anda (makan gaji). 6.
Mencari keyakinan dan arah tuju diri bagi menjadikan fotografi
sebagai kerjaya hidup.Secara keseluruhannya adakah
anda ingin mengubah kehidupan serta kerjaya anda sebagai
jurugambar yang disegani dan mempunyai pendapatan lumayan.
Pendapatan sehari jurugambar bersamaan dengan gaji sebulan
semasa makan gaji dan pendapatan sebulan jurugambar bersamaan
dengan pendapatan setahun makan gaji ataupun melebihi apa yang
anda inginkan seperti kami?
Anda bekerja makan gaji dengan syraikat atau kerajaan. Adakah
anda ingin memperbaiki teknik pengambilan gambar serta
mendapatkan satu sentuhan gambar yang terbaik untuk pejabat atau
tempat anda bekerja? Sekiranya
jawapan anda adalah YA,
inilah masanya untuk anda merubah kehidupan keluarga anda dengan
jalan yang singkat. Sekiranya jawapan anda adalah
TIDAK,
pastikan anda berusaha
bersungguh-sungguh kerana jalan yang dipilih adalah jauh.
Siapa yang patut hadir :1.Semua masyarakat yang mempunyai minat
mengambil gambar tetapi tiada pengetahuan asas2.Mempunyai pengetahuan asas tetapi
ingin memahirkan dan mengetahui teknik-teknik 3.Para pelajar yang ingin menambahkan
ilmu pengetahuan4.Jurugambar yang ingin memahirkan lagi
teknik-teknik pengambilan gambar5.
Ingin menjadikan bidang jurugambar sebagai kerjaya dan mencipta
nama ke peringkat tinggi.5.
Peserta yang telah hadir sebelum ini tetapi ingin memahirkan
lagi teknik-teknik pengambilan gambar
Teori asas dan praktikal
mengenali kamera1.Mengenali penggunaan system DSLR -
manual, exposure, shutter speed, aperture, ISO2.Jenis-jenis lens dan metering pada
kamera3.Kualiti imej (RAW, fine dan normal)
saiz4.Penggunaan cahaya – semulajadi,
reflector dan flash5.Teknik potret serta landscape dan cara
penggunaannya
Teori dan praktikal bagi
mengayakan modelTeknik
Eddie PhotoVideo bagaimana mengayakan model untuk menampakkan
gambar lebih hidup, semulajadi, seni, terperinci dan kandid
“Lively, natural, candid, artistic and detailed”Teori sekeliling anda dan
seni penglihatan "art of seeing"Pengarahan,
Komposisi, Sudut, Kreativiti, Pergerakan, Cahaya sekeliling dan
dramatik, Depth of field, "Framing" dan Jalan Cerita.
Komunikasi dengan pelanggan atau "public relation"Anda akan diajar bagaimana
untuk berkomunikasi dengan pelanggan, kaum keluarga, orang ramai
bagi majlis perkahwinan serta komunikasi dengan sultan, pembesar
negeri, VVIP dan VIP bagi majlis koprat dan majlis yang lain.
Perbincangan bagaimana nak
bermula, protokol dan yuran Ramai
jurugambar baru dan jurugambar berpengalaman yang telah lama
berkecimpung didalam fotografi tetapi tidak tahu bagaimana
nak memulakan kerjaya sebagai jurugambar samada separuh atau
sepenuh masa. Kami disini akan mengajar anda :
1. Bagaimana nak mulakan perancangan dan berhadapan dengan
pelanggan.
2. Yuran dan kos-kos lain
3. Adat, protokol, displin dan masa #
Keterangan lanjut untuk melihat topik yang akan diajar anda
boleh lihat diruangan kanan berwarna biru dibawah tajuk sukatan
pembelajaran.
Kenapa Eddie
PhotoVideo :* Pengajar
yang mempunyai pengalaman didalam dan luar negara serta sepenuh
masa di dalam bidang fotografi. *
Merupakan anak Malaysia yang pertama membuat kursus fotografi ke
luar negara iaitu di Australia, Korea Selatan, Borneo dan Indonesia serta beberapa negara lain akan datang terutamanya
di US dan UK.
*
Perserta dari luar negara iaitu daripada Brunei, Singapore,
Indonesia, Ireland, UK, Australia dan Korea Selatan serta daripada
Sabah dan Sarawak pernah mengikuti kursus kami sebelum
ini di Kuala Lumpur. * Telah
melahirkan beberapa jurugambar amateur dan professional*
Mahir dengan photo
perkahwinan, produk, konvokesyen, koprat, pengiklanan, studio dan pelbagai termasuk majlis diraja.
* Telah
mengambil gambar DYMM Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Aggong Malaysia, DYMM Sultan, DYMM Dipertua, Tengku
Mahkota, Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri, Perdana Menteri
serta Timbalan, VVIP, VIP, tokoh Koprat
dan lain-lain. * Memberikan khidmat foto dan video kepada selebriti : penyanyi,
pelakon dan pengacara terkenal termasuk dari luar negara.* Hasil
kerja beliau pernah dikeluarkan oleh beberapa majalah, surat
khabar malah pernah keluar majalah di luar negara.* Hanya
dengan 5 jam anda boleh mahir dengan teknik-teknik yang diajar.
* Anda
akan diajar teknik tiada atau kurang suntingan pada gambar "less
editing". Apa yang anda rakamkan, akan terus
dicetak!!!* Para peserta boleh mengajukan pelbagai soalan selepas pembentangan
sekiranya tidak faham. Ini
memastikan
setiap peserta
benar- benar memahami setiap subjek yang diajar
* Jumlah
peserta yang kecil, membolehkan kami memberikan tumpuan yang
lebih kepada anda serta dapat mewujudkan suasana
pembelajaran
yang lebih berkesan.
* Yuran
yang minimum dan diskaun bagi pelajar.* Model
disediakan bagi memudahkan peserta memahami cara-cara mengambil
gambar dengan pelbagai aksi dan teknik. * Minuman
dan makanan ringan disediakan* Anda
akan didedahkan dengan teknik-teknik yang tidak pernah kami
ajarkan sebelum ini iaitu “lively, natural, artistic, candid
and
detailed”.* Teknik
dan cara penyampaian lebih flexible serta mudah difahami.
*
Bukan itu sahaja, kami akan membawa anda secara "live" mengambil
gambar di luar seperti di air terjun, sungai, laut, gunung,
hutan, tasik, bandar, tepi jalan raya, waktu siang dan malam (bergantung
kepada topik kursus). Supaya setiap peserta dapat
memahami lebih mendalam lagi.
Sebahagian gambar-gambar terbaru yang
pernah dirakamkan oleh Eddie. Eddie
PhotoVideo adalah jurugambar dan juruvideo rasmi bagi majlis
tersebut.
Terbaru Majlis Penamaan Dan Perasmian Hospital angkatan Tentera
Tuanku Mizan yang dirasmikan oleh
DYMM YangDipertuan Agong pada 20hb Ogos 2009
Bertarikh pada 13hb Jun 2009
Eddie PhotoVideo adalah jurugambar rasmi bagi Citrawarna
Malaysia pada 21hb Mac 2009 yang dirasmikan oleh DYMM Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Aggong Sultan Mizan di Dataran
Merdeka.
Potrait
Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dalam
kenangan, Eddie adalah jurugambar rasmi bagi perpisahan Pengarah
Kesihatan Negeri Sembilan Dato Dr. Rosnah bersama Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap Seremban Negeri
Sembilan pada 26hb Disember 2006.
Eddie PhotoVideo adalah jurugambar rasmi Datuk Shah Rukh Khan di
Melaka pada 6hb Disember 2008
Pelancaran Eye On Malaysia, Melaka oleh yang dipertua negeri Melaka Tuan Yang
Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob pada 7hb November 2008.
Pertandingan bunga api antarabangsa di pusat konvensyen Putrajaya (PICC) pada
24hb Ogos 2008. Percikan bunga api dari negara Australia sebagai pemenang
pertandingan pada tahun 2007.
Majlis Pernikahan Fifi (TV3) & Feriz Omar (ProWaris)
08/08/08 di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar
Majlis perasmian Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands oleh DYMM
Sultan Haji Ahmad Shah serta majlis keputeraan baginda. Sultan Haji Ahmad Shah
mengucapkan tahniah dan bersalaman bersama Eddie. Eddie adalah jurugambar
rasmi pada kedua-dua majlis tersebut.
Jangan lepaskan peluang
kerana :*
Perkongsian gambar portrait terbaik serta gambar
dan nama anda akan dipamerkan diwebsite dan forum kami.
- Setiap
peserta dibenarkan menghantar 5 keping gambar asal tanpa
disunting kepada kami. - Gambar
yang telah disunting atau diubahsuai adalah tidak dibenarkan. - Walaubagaimanapun "cropping" atau potongan adalah dibenarkan.*
Berpeluang menjadi salah seorang daripada Eddie PhotoVideo team.* Yang
paling penting anda akan menjadi lebih mahir, gambar lebih
berkualiti serta dapat mencari wang sampingan selepas
menamatkan
kursus ini.
Lain-lain :* Tempat
adalah terhad bagi menjaga dan menjamin ilmu yang dipelajari
dapat dipraktikan. Kami akan menutup sekiranya tempat telah penuh
diisi.
Kursus Fotografi Akademi PhotoVideo Seperti
biasa kursus yang kami anjurkan mempunyai cabaran
tertentu dimana kesemua
peserta 100% akan diajar menggunakan serta bermain dengan
manual terutamanya pada speed, aperture, white balance, ISO dan
pelbagai. Kami akan mengajar anda bagaimana hendak mengambil
gambar potrait, bangunan, pemandangan siang, potrait malam,
silhoutte, panning, gambar senja, pemandangan malam, light
painting dan pelbagai. Anda
juga akan diajar menggunakan cahaya sekeliling tanpa menggunakan
flash, cara penggunaan flash dan creative light system. Bagaimana mengambil gambar bersama dengan air yang
mengalir dan aliran air yang
menarik.
Kami juga menyediakan kursus suntingan dan merekacipta album. Kursus menekankan pemilihan gambar yang
sesuai, menyusun, menyunting, merekacipta dan pelbagai dengan
kaedah cepat serta pantas. Apa yang anda perlu dan tidak perlu
dibuat semasa proses membuat album gambar. Semua peserta
mendapat garispanduan membuat album secara percuma.Selain dari
itu Eddie akan mendedahkan dan berkongsi pengalaman beliau
bersama anda, bagaimana beliau memulakan perniagaan 5 tahun
yang lepas bermodalkan D70 (hutang dengan kredit kad) serta
sanggup berhenti kerja sebagai Pengurus Teknikal di syarikat
telekomunikasi terkenal pada bulan Februari 2006. Walaupun
beliau mempunyai BEng (Hons) Electrical & Electronics dari UK dan
MBA tetapi beliau menumpukan 100% didalam bidang perniagaan
PhotoVideo. Kini beliau mempunyai 10 orang team/pekerja dan
mempunyai peralatan yang lengkap dibawah satu bumbung dengan
menggunakan
modal sendiri bagi memiliki peralatan Photography dan
Videography termasuklah video production. Kesemua pembelian
adalah hasil dari titik peluh beliau didalam perniagaan ini
selama 5 tahun dengan hanya bermodalkan kamera Nikon D70
sahaja. Beliau juga telah membeli pejabat di Jalan Ulu Klang
yang masih lagi di dalam pembinaan.
Bagaimana beliau mendapat pendapatan RM16,000 bagi satu event
dalam masa 5 jam sahaja. Kesemuanya akan terjawab sekiranya
anda mengikuti kursus beliau.
Peserta kursus diberikan penekanan kepada pengunaan commander
(flash dan kamera) serta teknik dan sudut cahaya. Teknik seni
pada sesuatu gambar dan pengolahan. Pengunaan kamera pada
sebelah malam terutamanya penggunaan cahaya dan tanpa cahaya
serta kelajuan. Terdapat satu sesi
"Photo Critic/Comment". Dimana para peserta dapat mengetahui
secara terus apakah kelemahan dan kekurangan gambar yang diambil
semasa latihan praktikal di siang hari. Dari itu peserta dapat
memperbaiki sebelum latihan amali yang kedua dijalankan pada
keesokannya.
APA YANG ANDA PERLU BAWA1. Pakaian serta kelengkapan untuk dua hari satu malam2. Boleh
bawa pakaian basahan untuk kegunaan di sungai / air terjun
sekiranya perlu3. Selipar4.
Tuala mandi5. Kamera
DSLR6.
Speedlight atau flash 7. Tripod8. Flash
diffuser sekiranya ada9.
Lampu suluh10. Laptop sekiranya ada.11. Setiap peserta diwajibkan
membawa sekurang-kurangnya 5 keping gambar tanpa editing yang
terbaik yang pernah diambil didalam cetakan dalam
saiz 5R.
Teknik, Teori Dan Praktikal
Waktu Siang, Senja Dan Malam. Pelajari Teknik Fotografi, Cahaya Dan Kelajuan
Teknik kelajuan tinggi
Teknik kelajauan bagi mendapatkan pembentukan air (gambar
diambil semasa kursus dijabatan BOMBA dan ILIM)
Teknik kelajuan rendah dan pengunaan flash commander
Teknik kelajuan rendah, gambar diambil dari South Bank,
Brisbane, Australia semasa kursus fotografi Australia
Teknik kelajuan rendah, bagi menampakan cahaya lampu berbentuk
bintang serta lampu kereta di atas jalanraya gambar diambil dari
jambatan South Bank, Brisbane, Australia semasa kursus fotografi
Australia
Teknik mengambil gambar sunrise (matahari terbit) "Gambar
diambil semasa kursus fotografi di Ulsan, Korea Selatan
Teknik kawalan kelajuan, aparture, white balance bagi menaikan
objek "Gambar diambil semasa kursus fotografi di Golden Gate
Bulsan, Korea Selatan
Teknik bagi menampakan cahaya bintang dilangit dengan mengawal kelajuan, aparture, white balance bagi menampakan
cahaya bintang "Gambar diambil semasa semasa koprat photo
dan kursus fotografi di
Sipadan Water Village, Pulau Mabul, Sabah.
Teknik mengambil gambar pemandangan pada waktu sunset (matahari terbenam) "Gambar diambil semasa
koprat photo dan kursus fotografi di Sipadan Water Village, Pulau Mabul, Sabah.
Teknik penggunaan cahaya yang betul (Gambar di Pulau Tioman Dan
Putrajaya)
Tiga jenis "Silhoutte"dengan mode
warna berbeza (Gambar di Pulau Redang dan Pulau Tioman)
Tiga jenis gambar dan cahaya "tiada cahaya digunakan, cahaya
lilin dan penggunaan cahaya flash"
Gambar yang diambil dengan menggunakan cahaya sekeliling dan tiada penggunaan
flash (gambar semasa kursus fotografi di Putrajaya)
Gabungan teknik CLS dengan teknik
kelajuan rendah dan tinggi (gambar diambil semasa kelas fotografi di Nur lembah
Pangsun, Januari 2009)
* Kesemua gambar di atas adalah gambar asal
daripada kamera dan tiada suntingan dibuat. Kami mengajar anda
teknik mengambil gambar yang betul dan tanpa memerlukan suntingan.
Testimony
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 14, Brisdale Hotel, Kuala Lumpur
pada 23 &
24hb
Mei 2009
Asalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
"FROM zero to something knowledgable".
Pengisian yang baik dan menyampaian yang mudah untuk difahami.
Seminar 2 hari 1 malam anjuran Eddie photo video (EPV) dan
Akademi PhotoVideo (APV), sememangnya seminar yang patut
dihadiri oleh mereka yang mahu mencari ilmu dalam bidang seni
foto, terutamanya "Digital Single Lens Reflex - DSLR".
Jadual pembelajaran yang padat dengan pelbagai tajuk serta isu
yang di sentuh dapat mendedahkan lagi peserta kepada dunia seni
foto. Tidak mudah mahu menjadi seorang yang berjaya mahupun nak
menguasai fotografi ini. Seseorang perlu kreatif dan bijak
ketika hendak mengambil gambar. Banyak subjek dalam gambar akan
menjadi lebih menarik sekiranya mereka tahu komposisi, penataan
cahaya, kelajuan shutter, dedahan (iso) dan apreture.
Kesemua ini akan diajar dalam seminar
anjuran Akademi PhotoVideo. Seseorang itu tidak perlu menjadi
terlalu genius untuk menyertai seminar ini. Para peserta juga
akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman jurugambar
professional yang pernah mengambil gambar dalam air mahupun
diudara (ketika sesi APV14).
Sebagai peserta saya rasa terpanggil dan bersemangat untuk
mempraktikan teori yang dibelajar di kelas ketika sesi praktikal
diadakan di Putrajaya dan juga mengambil gambar pasangan model
secara "live" di Templer Park. Di sini, kita akan dapat
memperlihatkan pemahaman kita mengenai ilmu yang ditimba dihari
pertama
Disini juga para tenaga pengajar akan
memberi komen secara "live" kepada peserta mengenai kekurangan
mahupun kesilapan yang kita lakukan. Secara amnya, saudara Eddie
serta tenaga pengajar yang lain mempraktikkan pembelajaran
secara langsung -- "Hands On Learning". Bukan itu sahaja,
kesanggupan pihak APV menyediakan ruangan forum untuk semua ahli
atau bekas peserta seminar bertukar-tukar pendapat menjadikan ia
lebih menarik dimana tuntutan ilmu fotografi tidak habis di
bilik seminar, malahan ilmu itu dapat ditimba secara berterusan.
Disini peserta seminar APV dapat menimba ilmu secara berterusan
dengan pelbagai ruangan disediakan seperti komen gambar yang
pada pendapat saya dapat membuka luas minda kita mengenai gambar
yang diambil.
Disini, gambar yang kita ambil akan dikomen oleh saudara Eddie
dan juga otai-otai yang berpengalaman. Kita jangan rasa malu
mahupun berkencil hati dengan kritikan mahupun teguran yang
diberi. It's a part of learning process. So, jangan rasa
ragu-ragu. Jadikan APV sebagai platfom anda untuk menjadi
seorang jurugambar yang berjaya samaada untuk diri sendiri
mahupun menjadikan ia sebagai kerjaya baru anda.
Semoga berjaya. Insyallah. Wasalam.
~kay a.k.a ikan Billis~
Self employed entrepenuer
Johor Baharu & UK
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 13, Kota Kinabalu, Sabah
pada 18 & 19hb
April 2009
Salam buat Pengetua/Pengasas, krew & serta
semua warga APV..
TAHNIAH saya ucapkan
kepada Eddie serta semua warga APV kerana telah berjaya
menganjurkan kursus APV13 Kota
Kinabalu dengan begitu suksesssss..
Pembelajaran yang santai
membolehkan peserta lebih selesa dalam berinteraksi serta
bertanya kepada penceramah tanpa rasa kurang selesa. Kehadiran
Peserta dari segenap borneo seperti Sarawak, Indonesia, Brunei
termasuk Sabah juga telah menambahkan 'kemeriahan' serta
'networking'. hehehe
1Borneo
gitu
Expresi pertama saya selepas kursus ini ialah
"Welcome to the
Real World of Photography"... it is
more than just knowing the "A" and "S" pada body camera SLR saya
... there's more behind it!! Anda akan tau bila anda bersama APV
Paling best sekali ialah sesi penggambaran model (Mary Jim
Bridal) d hutan, pantai & laut di mana peserta berpeluang untuk
mengaplikasikan terus teknik2 yg dipelajari disamping teknik
efek untuk menghasilkan gambar yg lebih kreatif diajarkan d
lokasi penggambaran... woowww bestnyaaa
Selain dari sekadar diajar mengambil portraits Wedding, kami
juga didedahkan dengan night photography, cara menggayakan
model, high speed photography, flash photography, sunset,
sunrise, waterfall & banyak belajar mengenai aksesori DSLR serta
banyak lagi...pendek kata "macam-macam ada gitu" macam kursus
advance la pulak... tapi utk kursus
advance APV
there's much more to learn
Sesi
"Photo Critics" juga membolehkan para peserta
menajamkan lagi ilmu
kerana setiap gambar terbaik setiap perserta akan 'dianalisis'
kerana APV menekakan konsep 'less editing' @ less touch-up. ada
kelas gitu
.. di samping itu, kami juga diberikan tips seandainya ingin
menjadikan fotografi sebagai karier utama & sampingan.
Terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada Eddie-Photovideo
serta krew (Fandy & Abg Din) atas kejayaan kursus APV13 KK dan
juga telah bermurah hati menghadiahkan t-shirt APV kepada semua
peserta. Sememangnya Yuran bukanlah ukuran kerana apa yg
diperlehi lebih bernilai dan bermakna ..
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 12, Korea Selatan
pada 10 &
11hb
April 2009
Salam untuk semua,
Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada Eddie dan Abg
Kamaruddin kerana sudi meluangkan masa untuk melawati South
Korea baru-baru ini.
Rasanya banyak kenangan manis dan istimewa dibawa pulang
bersama-sama setelah hampir 6 hari berada disini. Walaupun
masa dan keadaan yang terlalu pantas berlalu, namun saya
rasa Eddie dan Abg Kamaruddin berbangga kerana dapat
menjejaki tiga bandar dianggap terbesar di South Korea iaitu
Seoul,Busan dan Ulsan dapat dilawati. Banyak photo2 candid (orang
korea) dan landscape telah diambil untuk dibuat kenangan.
Alhamdulillah syukur, Eddie dan Abg Kamaruddin banyak
memberi nasihat and tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan
photograph yang berkualiti. Saya cukup berbangga dengan
hasil karya setelah mendapat 10 tips yang dianggap penuh
bermakna buat diri ini...Paling memeranjatkan, night image
yang dihasilkan di Busan melalui image landscape dan juga
potrait seolah-olah diambil di dalam studio. Sekali lagi
ucapan jutaan terima kasih pada Eddie dan Abg Kamaruddin.
Tidak dilupai juga, Saudara Khairul yang merupakan tuan
rumah semasa kami bertiga bertandang ke Busan tempoh hari...Jasa
mu dikenang..he..he..he
Oleh itu, dengan bermodalkan sedikit pengalaman and
pengetahuan photography (via Eddie) maka bolehlah
diketengahkan bakat ini melalui undangan perkahwinan,
birthday dll majlis oleh sahabat handai ataupun saudara mara.
Di harap, Eddie akan menjejaki semula ke South Korea pada
musim winter pula..Akhir kata, ilmu yang dicurahkan dengan
ikhlas merupakan amalan yang mulia. Semoga Eddie dapat
mencapai matlamat menerusi misi dan visi yang telahpun
dihajati..
Wassalam.
Daripada,
Mohammad Najib Omar
Ulsan, Korea Selatan
Mobile : +82(0)10 4150 2705 (SOUTH
KOREA)
Email :
mno_10@yahoo.com
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 11, Australia
pada 15hb
Mac 2009
Hello and G'day guys... I'm eddy.. Don't get me confused with eddie, ok?
I'm one of the participant during the
photovideo class held in brisbane last month...
The class was a great introduction to anyone who basically have
zero knowledge about photography & DSLR cameras... I would really recommend anyone who's just beginning to involve
in this arena to participate in one of his classes...
Other than that, the photo hunting session was a lot of fun... Moreover, Mr Eddie personally consult and help each participant
to improve their picture taking skills and apply all the
theoretical knowledge that they've learned in the class... Make it day or night time session, he'll never say no to any
participants that need guidance during the course... Just have a look at his first time student's picts...
Lastly, I would rate him a A+++ mentor for everyone....
CHEERS..
SYED AHMAD RASYIDI BIN SYED ABDUL KARIM Bachelor of Engineering (Mechanical) University of Queensland Australia.
Peserta Kursus
Akademi
PhotoVideo 7
pada 18 & 19hb Oktober 2008
Date : Wed, 29 Oct 2008
06:58:00 -0700 [09:58:00 PM MYT]
From :
Dalina Ina <dalinaina@yahoo.com>To
:
eddie@eddie-photovideo.com
Assalamualaikum....hai eddie....sebagai
orang baru ina enjoy sangat dapat join kelas eddie baru2 ni...seronok
sangat...terimakasih juga pada tenaga pengajar yang prihatin
dan sabar memberi tunjuk ajar... tak sia2 datang dari Felda
Tementi, Bera Pahang tauu...Mula-mula ilmu fotografi ni
memang 0 dan kamera pun pinjam ajee tapi bila dapat sentuhan
dan ilmu yang dicurahkan oleh Eddie dan Akademi PhotoVideo...Ina
yakin dan dapat menggunakan kamera dengan baiknya
termasuklah penggunaan kamera secara manual. Kelas Akademi
PhotoVideo memang sempoi dan suasana pembelajaran yang
meriah...dan yang paling bestnyer dalam kelas tu macam dh
lama kenal dengan eddie...so..tak malu nak belajar..cara
pembelajaran yang mudah dan efektif buat ina tak sabar nak
jadi macam eddie rasa macam dah terror lak..makan minum pun
ok,tak payah nak cari makan kat luar...tempat tido pn
best...ada air-cond tuuu...bak kata pepatah makan kenyang
tido pun lena...tambah semangat nak belajar....
anyway,terima kasih dan tahniah buat eddie kerana berusaha
keras memberi tunjuk ajar dan tip2 berguna dari awal hingga
akhir kusrsus dijalankan...inshaallah kalau diizinkan
tuhan,murah rezeki nak join lagi..... bagi mantappp tuuu....k
bye..
Untuk sesiapa diluar sana jangan ragu2
untuk mempelajari selok belok fotografi dari Cikgu Eddie
dari Akademi PhotoVideo ni. Tak sia-sia masuk kursus ni
walaupun mulanya rasa berat nak pi tapi kerana semangat dan
dahagakan ilmu ina berjaya juga. Sekarang ina lebih yakin
dengan diri ina untuk berhadapan dan memulakan perniagaan
dalam bidang baru diceburi ni. Akademi PhotoVideo memang
best!!! Tak caya joinlah kelas Akademi PhotoVideo akan
datang ni...Kami semua enjoy and last sekali dapat terjun
kolam ramai2 hehehe, Ina recommend 100%.
Daripada
Nordalina Bte Masrudin
Felda Tementi, Bera Pahang.
Adakah anda ingin
muncul sebagai salah satu pemenang bagi kursus fotografi seperti
mereka sebelum ini?
* Anda boleh melihat gambar-gambar bagi
kursus "Outdoor Photography" yang lepas sila klik pada line dan
perkataan dan tulisan kuning di
Outdoor Photography Class, Behind The
Scenesdan
Para pemenang di "Photo Competition"
Pelbagai aksi
dan gelagat para peserta semasa sesi kelas / kursus fotografi kami....Ceria, enjoy
dan bergembira sambil belajar.
Gambar para peserta pada kelas Akademi PhotoVideo
14,
23hb & 24hb Mei
2009 di Brisdale Hotel, Kuala Lumpur
Gambar para peserta pada kelas Akademi PhotoVideo
11,
15hb Mac
2009 di The University Of Queensland, Brisbane, Australia.
Gambar para peserta pada kelas Akademi PhotoVideo
10,
7hb & 8hb Mac
2009 di Duta Vista, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
Gambar para peserta pada kelas Akademi PhotoVideo 9,
17hb, 18hb & 19hb Januari
2009 di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.
Gambar para peserta pada kelas Akademi PhotoVideo 8,
25hb & 26hb November
2008 yang ditempah khas oleh Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor.
Gambar para peserta pada kelas Akademi PhotoVideo 7,
18hb & 19hb Oktober
2008 di Templer Park Resort, Rawang Selangor.
Adakah anda masih ragu lagi tentang kami? Kami telah mendapat liputan meluas
dari media. Salah satu keratan daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18hb
Oktober 2008
Bekas peserta kami telah
berjaya dan ada diantaranya 100% berkecimpung didalam bidang
jurugambar setelah
mengikuti kursus kami. Anda boleh melihat
photoblog bekas peserta kami di :
Musah Taib :
http://www.lawaphoto.com http://sabahkahwin.fotopages.com
Micolorin Philip :
http://www.micopix.com
Zainudin Dayang :http://izani-photographer.blogspot.com/
Rashidi
Abu Bakar :
http://mkrsnapshot.fotopages.comAsman : http://asmanphoto.fotopages.com
Tutie Dahlia Tajudin :
http://tutcute.fotopages.com
Noor Aziana Zakaria :
http://nazarina11.fotopages.com
Dahlia Abdul : http://mazlia.fotopages.com
Idris :
http://adukaphotos.wordpress.com
Dan banyak lagi.
Antara perkhidmatan yang
pernah diberikan oleh Eddie PhotoVideo dam Akademi PhotoVideo:1. Perkahwinan termasuklah
perkahwinan diraja, VVIP dan selebriti2. Konvokeysen Universiti, kolej,
sekolah dan tadika.3. Kerajaan :
a. Hospital
Putrajaya b. Hospital
Cameron Highlands
c. Kementerian
Kesihatan Malaysia d. Kementerian
Perlancongan
e. Pejabat Peguam
Negara f. Istana
g. Kerajaan Negeri
Melaka h. Bomba Dan
Akademi Malaysia
i.
Universiti Malaya j. Universiti Kebangsaan Malaysia
k. Institut
Latihan Islam Malaysia l. Institut Perguruan Tawau, Sabah
m. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah n. Kementerian Kewangan
o. Jabatan Hal Ehwal Wanita p. Jabatan Komputer Negeri Sabah
q. Universiti Putra Malaysia r. Universiti Tun Husien Onn (UTHM)
s. Perpustakaan Negeri Sabah
t. Jabatan Perikanan Sarawak
u.
Jabatan Perdana Menteri
v. FELDA
w.
Angkatan Tentera Malaysia
x. Universiti Malaysia Pahang
4. Swasta :
a. Bank Negara
Malaysia b. Petronas
c. Mardec Berhad d. Sapura
e. Eye On Malaysia
Sdn Bhd f. Mesra Homestay,
New Zealand
g. Maybank h. Zikay group
i. Tai Ace
Engineering j. Bintang Kencana Sdn
Bhd
k. Seca Dyme Sdn.
Bhd l. Khazanah
Berhad
m. Reza, Yusof &
Associates n . Universiti
Teknologi Petronas
o. Vestime Sdn.
Bhd p. InnoBio Sdn.
Bhd
q Unisys Pte Ltd,
Singapore r. Unisys
Australia
s. AD Suria Sdn Bhd t. The University Of Queensland, Australia
dan banyak lagi.
Tenaga pengajar dan
pembantu Akademi PhotoVideo
* Tarikh terakhir mendaftar
ialah seminggu sebelum tarikh kelas bermula atau mana-mana yang
terdahulu tertakluk kepada kekosongan.Yuran Dan Nilai Wang Anda
:
Percuma
sehelai baju Akademi PhotoVideo yang bernilai RM25.00 setiap
satuHarga masih dibawah RM1000.00
tetapi ilmu dan nilai yang anda perolehi melebihi dari harga
yang kami tawarkan. Harga kami masih murah
dipasaran. Walaupun kursus kami
2 hari tetapi ianya bersamaan dengan 3 hari kursus kerana kami
melakukan kelas sehingga lewat malam iaitu 2 hari 1 malam. Pelbagai
kemudahan resort/hotel disediakan untuk para peserta supaya anda
dapat menumpukan subjek yang diajar 100% berbanding dengan
kursus yang diajar oleh pihak lain selama 2 hari sahaja tanpa
kemudahan resort/hotel.
Kami menjamin bagi yang anda tidak tahu langsung DSLR
hanya dalam masa 5 jam anda boleh tersenyum dapat menggunakan
DSLR secara 100% manual.
Ringkasan Senarai Harga Bagi Kursus Fotografi
2 hari 1 malam
(kursus fotografi):
*Perseorangan = RM990.00
*Pelajar sepenuh masa = RM850.00
(sila bawa students id semasa pendaftaran)
Badan kerajaan =
RM1600.00
Peserta bukan warganegara =
RM1200.00 atau 350.00USD
Syarikat /
kerajaan luar negara =
RM1800.00 atau 530.00USD
Ringkasan Senarai Harga Bagi Kursus Fotografi
3 hari 2 malam
(kursus fotografi & editing + design album):Perseorangan
= RM1400.00
*Pelajar sepenuh masa = RM1250.00
(sila bawa students id semasa pendaftaran)
Badan kerajaan =
RM2200.00
Peserta bukan warganegara =
RM1800.00 atau 530.00USD
Syarikat /
kerajaan luar negara =
RM2500.00 atau 735.00USD
Ringkasan Senarai Harga Bagi Kursus Fotografi
sehari
(kursus editing + design album):Perseorangan = RM400.00
*Pelajar sepenuh masa
= RM350.00 (sila bawa students id semasa pendaftaran).
Bekas peserta dr kursus foto
= RM350.00
Badan kerajaan =
RM800.00
Peserta bukan warganegara =
RM600.00 atau 176.00USD
Syarikat /
kerajaan luar negara =
RM1000.00 atau 294.00USD
*Potongan 10% bagi kumpulan melebihi 3 orang ke atas di atas
satu resit utk semua kategori.
*Pelajar sepenuh masa yang masih
menuntut di sekolah rendah, menengah dan institusi pendidikan
bagi sijil, diploma dan 1st degree sahaja.
Sila daftar sekarang. Kami akan menutup pendaftaran seminggu
sebelum tarikh kursus bermula
dan ianya bergantung kepada kekosongan tempat. Sekiranya penuh
kami akan menutup permohonan lebih awal. Pemohonan selepas itu tidak akan
dilayan.....So tunggu apa lagi..
Kos termasuk :
- Penghinapan di hotel / resort
- Bilik
seminar berhawa dingin dan executive
- Model
- Pakaian
- Makanan dan minuman
disediakan sehingga 10 kali makan n minum bagi kursus 3 hari 2
malam
- Sijil penyertaan
- Tenaga pengajar dan
pembantu -
Kelengkapan hotel / resort-
Peralatan pembelajaran termasuk LCD projektor dan skrin.
- Nota Pembelajaran
termasuk fail dan alat tulis.
* Sekiranya anda memerlukan bilik
tidur
perseorangan,
harga tambahan akan dikenakan. Hubungi saya untuk keterangan
lanjut.
* Kursus dijalankan daripada waktu
pendaftaran pagi sehingga malam.
Hari kedua bermula pada pagi
sehinggalah ke petang.
Untuk pengetahuan kami pernah
membuat kursus fotografi perseorangan sebelum ini dengan bayaran
sebanyak RM3000 iaitu selama 3 hari, beliau sekarang
adalah jurugambar bebas.
* Yuran
yang minimum berbanding dengan apa yang anda dapat.
* Para
peserta yang telah hadir pada kursus yang terdahulu boleh
menghadirkan diri bagi memantapkan lagi kemahiran anda serta
mempelajari teknik2 yang
tidak diajar pada kursus yang lepas. Peserta yang lepas boleh mendapatkan harga
istimewa.
Para peserta juga akan
diberikan sijil kursus penyertaan.
Yuran yang amat murah dan berpatutan
berbanding dengan ilmu yang anda akan perolehi!!!
Kami mementingkan
kualiti pembelajaran dan bukannya kuantiti yang hadir. Apa yang
penting ilmu yang anda bawa pulang akan membawa nilai yang
tinggi. Kursus khas dari kami menekankan konsep pembelajaran
secara praktikal termasuklah motivasi, photo kritik serta
bagaimana hendak memulakan kerjaya sebagai seorang
jurugambar profesional. Akademi PhotoVideo juga mengajar
bagaimana hendak memulakan perniagaan dan berhadapan /
berkomunikasi dengan
pelanggan. Bilangan peserta kepada jurulatih / fasilitator dgn
NISBAH 5:1 membolehkan proses
pembelajaran lebih personal dan lebih berkesan.Kami mengundang
bekas pakar MOTIVASI
dan PENGURUS AKAUN dari Open University Malaysia En Kamarudin
Kilewon
bagi memberikan taklimat dan motivasi. Tertakluk kepada jadual
ketat beliau dan sekiranya ketiadaan beliau kami akan
mengantikan dengan pembantu lain. Sepenuh masa selama
2 hari dan 1 malam
membolehkan anda belajar dan TERUS mempraktikkan segala yang
dipelajari dalam kelas dalam bentuk gerak kerja dengan mengendalikan
kamera 100% secara manual diatas
PEMANTAUAN RAPI para jurulatih-jurulatih Professional kami.
Dengan menginap di resort atau hotel, masa akan diluangkan
secara maksima untuk pembelajaran samada di dalam kelas,
praktikal, makan, rehat dan sebelum tidur. Pembelajaran dan
perkongsian idea dapat dijalankan sepanjang masa, baik dengan
rakan atau jurulatih. Anda juga mendapat rakan-rakan baru dan
membuat networking
bagi bertukar fikiran.Pembelajaran dan praktikal
sehingga 15 JAM sehari termasuk sebelah malam. Anda akan didedahkan bagaimana mengambil
gambar pada waktu siang, malam, teknik kelajuan tinggi, rendah,
panning, silhouette, light painting
dan pelbagai teknik yang tidak diajar secara parktikal pada
kursus jurugambar yang lain.Pernah mengajar dijabatan kerajaan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia, Institut Latihan Islam Malaysia, Institut Perguruan
Tawau, Sabah, Kementerian Keewangan dan lain-lain dari jabatan
kerajaan.
Eddie akan berkongsi pengalaman beliau selama
5 tahun secara sepenuh masa didalam bidang fotografi. Bagaimana beliau boleh
berjaya sehingga sekarang. Bagaimana beliau mendapat pendapatan
RM16,000 bagi satu event dalam masa 5 jam sahaja. Kesemuanya
akan terjawab sekiranya anda mengikuti kursus di Akademi
PhotoVideo kami.Pelajari
selok belok perniagaan fotografi bersama Eddie, seorang
jurugambar professional yang bukan sahaja menumpukan pada bidang
foto perkahwinan, malah didalam fotografi koprat, industri,
produk, kesultanan dan
lain-lain. Rebutlah peluang keemasan ini dengan segera.
Deposit untuk tempahan tempat
: RM200.00 bagi kursus lanjutan
: RM400.00 bagi kursus digital fotografi
: RM600.00 bagi kursus digital fotografi dan lanjutan
*Baki dibayar sehari sebelum atau semasa
pendaftaran
Pengesahan bagi badan kerajaan : PO / LO (1 minggu sebelum
kursus)
Pembayaran melalui cek : Dibayar penuh seminggu sebelum kursus.
Keterangan lanjut :
Sila
emailkan kepada kami :
Nama
:
Alamat
:
No tel
:
Kursus
: Akademi PhotoVideo "APV" siri ke berapa yang anda
ingin ikuti
Tarikh Kursus
:
Pekerjaan
:
Jenis
Kamera :
YM : cmctech2004
email :
eddie@eddie-photovideo.com
:
info@akademiphotovideo.com
Anda boleh membuat semakan nama anda di forum kami di
www.akademiphotovideo.com/forum mengikut tarikh kursus yang
akan dijalankan.
Pembayaran tunai,
Maybank2u, ATM dan Telegraphic Transfer (luar negara) sahaja ke akaun :
Anda boleh membuat bayaran
penuh ataupun deposit diperlukan untuk tempahan, baki
hendaklah dijelaskan sehari sebelum atau sebelum bermulanya sesi
kelas. Penting :Kami hanya meneima pembayaran
melalui tunai, ATM, dan transfer bank Maybank sahaja bagi persendirian.
Sekiranya menggunakan
perkhidmatan ATM slip, telegraphic transfer pembayaran hendaklah diemailkan kepada saya sebagai bukti
pembayaran. Anda boleh mengambil gambar slip atau scan slip tersebut dan
emailkan kepada kami.Sekiranya melalui
maybank2u anda hendaklah masukan email saya
eddie@eddie-photovideo.com
atau info@akademiphotovideo.com
sebagai bukti pembayaran.Kegagalan berbuat demikian akan
merumitkan keadaan kerana tiada bahan bukti bahawa anda telah membuat pembayaran.
Kami menerima sehari 2-3 pembayaran, oleh itu kami perlu tahu siapa yang membuat
bayaran tersebut.Slip ATM mesin
Slip telegraphic transfer sekiranya anda peserta dari luar Malaysia
Zulraidi Affendi Bin Satar
Acc : 164070500806or
CMC Tech Resources
Acc : 514075006491
Setelah
pembayaran telah dibuat, emailkan dengan lengkap data yang
diperlukan seperti diatas.
Terma & Syarat
1. Deposit tempahan tidak akan
dikembalikan, tetapi peserta boleh mencari peserta lain bagi
menggantikan tempahan yang telah dibuat. Sekiranya tiada pengganti,
peserta tersebut boleh mengikuti kelas yang akan datang dimana
kursus akan datang hendaklah tidak lebih dari 3 bulan selapas kursus
yang pertama anda daftar. Penganjur akan memotong RM150 sehari mengikut jumlah hari kursus
yang akan dijalankan sebagai bayaran
tempat tinggal/bilik seminar dan makanan yang telah ditempah kecuali anda dapat
menggantikan kepada peserta lain.
2. Penyertaan di kira “CONFIRM” setelah bayaran deposit dilakukan.
3. Penganjur sedaya upaya melaksanakan segala yang telah dirancang,
Walaubagaimanapun penganjur berhak untuk menggubah atau meminda bagi
menyesuaikan kualiti kursus yang difikirkan
wajar. Penganjur berhak untuk menunda atau membatalkan kursus bagi
sebarang kemungkinan yang tidak dapat dielakkan dan 100% deposit
akan dipulangkan. Minimum peserta berdaftar yang
akan menghadiri kursus hendaklah sekurang-kurangnya 8 peserta dan
maksimum seramai 20 peserta bagi satu sesi pembelajaran. Sekiranya
kurang pihak penganjur berhak meminda tarikh kursus tersebut kepada
tarikh yang lain.
Sila ke Forum
Akademi PhotoVideo di
www.akademiphotovideo.com/forum untuk
perbincangan, pertanyaan dan maklumat lanjut. Ianya percuma
Belajar Fotografi,
Kursus Jurugambar, Seminar Fotografi, Sekolah Fotografi, Kursus Fotografi, Bengkel Jurugambar,
Bengkel Fotografi, Kelas Jurugambar, Kelas fotografi, Photography
Course, Photo School, Photography Class, Photography Workshop